Tugasan bagi memenuhi persijilan program Diploma Tasawwur Islam ILHAM
Apa maksud syiah?
Perkataan Syiah dari sudut bahasa
bermaksud satu kumpulan atau kelompok
manusia (firqah wa jama`ah).
Perkataan Syiah apabila disandarkan kepada
seseorang, ia akan membawa maksud
pengikut dan pembantunya (atba`uh wa
ansaruh).
Sebagai contoh; “Syiah Ali”
bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”.
Dari sudut istilah, kata Syiah
merupakan satu frasa yang digunakan bagi merujuk
kepada salah satu daripada dua
mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga
orang Khalifah al-Rasyidin yang
awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai
pengganti Nabi Muhammad S.A.W.
yang sah.
Ia juga merujuk kepada suatu kelompok
yang besar dalam kalangan umat Islam yang bersepakat pada mencintai dan
mengasihi Sayyidina Ali dan ahli keluarganya dan berpendapat bahawa mereka adalah
orang yang paling berhak mewarisi kepimpinan (al-imamah).
Menurut Muhammad Abu Zuhrah,
Syiah merupakan sebuah mazhab politik
yang paling lama wujud di dalam
Islam (aqdam al-madhahib al-siyasiyyah alislamiyyah) .
Mereka muncul di hujung era pemerintahan
Sayyidina Uthman bin Affan dan berkembang pada era pemerintahan Sayyidina Ali
bin Abi Talib. Dalam mendefinisikan istilah Syiah, Ibn Hazm telah berpendapat
bahawa perkataan Syiah adalah merujuk kepada mereka yang bersepakat dengan
golongan Syiah dalam mengatakan bahawa Sayyidina Ali merupakan orang yang
paling afdal selepas Rasulullah S.A.W. dan individu yang paling berhak dalam
memimpin umat Islam.
Menurut beliau lagi, sesiapa yang
tidak sealiran dalam dakwaan tersebut, maka
orang tersebut bukanlah daripada
kalangan Syiah. Secara umumnya, selain
mendakwa bahawa Sayyidina Ali
bahawa merupakan seorang sahabat yang paling
afdal dalam kalangan para sahabat
yang lain, mereka juga turut bersepakat bahawa
Sayyidina `Ali adalah merupakan
pengganti yang telah dipilih oleh Nabi Muhammad S.A.W. secara nas. Maka, oleh
sebab itu, al-Tusi dan al-Mufid (dua tokoh besar Syiah) telah mengeluarkan
sebahagian daripada golongan Syiah al-Zaidiyyah daripada kelompok Syiah kerana
mereka tidak mengakui khilafah Ali secara nas.
Manakala menurut al-Haytami,
Syiah al-Rafidah telah mengkafirkan para sahabat
disebabkan
mereka telah menolak nas pengangkatan Sayyidina Ali sebagai imam.
![]() |
JENIS-JENIS SYIAH
1 Syiah
Imamiyyah
Jawatan imam hanya layak dipegang oleh Ahlul Bait
Jawatan Imam anugerah Allah, maksum tetapi tidak mendapat wahyu, hanya dari kalangan Ahli al-Bait.
Menolak
hadis yang tidakdiriwayat oleh Ahli al-Bait
Imam mereka ke-12 sebagai Imam al-Mahdi
Taqiyyah-sembunyikan iktikad apabila berhadapan dengan orang yang berbeza
iktikad
Perkahwinan Mut’ah : sementara / kontrak
2. Syiah
Zaidiyyah
Sempena Zaid b Ali Zainal Abidin (cicit Saidina
Ali )
Kedudukan
pelaku dosa besar : antara keimanan dan kekufuran
Perlakuan
manusia dilakukan oleh manusia bukan Allah
Tidak percaya Imam bersifat maksum
Menolak Taqiyyah
Meyakini imam ke12 sebagai Imam al-Mahdi
3.Syiah
Batiniah
Berpendapat : al-Quran mempunyai makna zahir dan batin yang hanya difahami oleh
imam mereka
Dianggap sebagai sesat dan paling radikal
Saidina Ali
dan imam-imam mereka sebagai tuhan
Imam mereka, Muhammad al-Hanafiyah masih hidup
Menghalalkan beberapa kemungkaran (e.g arak dan zina)
2. Apa beza syiah dan ahli sunnah
wal jamaah
Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah
Dari
sudut bahasa, perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan suatu istilah
yang
tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata
ini
mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna
yang
tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut pemaknaan istilah.
Perkataan
Ahl jika dilihat dari sudut literal, ia bererti ahli keluarga, pengikut
atau
golongan.
Dari
sudut etimologi, perkataan al-sunnah mempunyai pengertian mengalirkan
sesuatu
dengan lancar (جر اٌن الش ءً و إطارده فى سهولة . Ia juga bermaksud al-tariqah
(jalan
atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maksudnya:
“Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang baik, lalu diamalkan
orang selepasnya maka dia mendapat pahalanya dan pahala seperti
pahala-pahala mereka (yang mengikutinya) tanpa berkurang sedikitpun
pahala-pahala mereka. Barangsiapa yang mempelopori sunnah yang
buruk lalu diamalkan orang selepasnya maka dia menanggung
dosanya dan dosa-dosa seperti dosa mereka tanpa berkurang
sedikitpun dosa-dosa mereka”.
Manakala
dari sudut terminologi, al-sunnah mengandungi erti; sesuatu yang
disandarkan
kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada katakatanya,
perbuatan,
pengakuan, sifatnya dan sejarah
hidupnya, sama ada
sebelum kenabian mahupun selepas kenabian.
Definisi As-Sunnah menurut Ahlu Sunnah sendiri ialah sunnah
Rasulullah SAW yang telah dimaksum oleh Allah SWT dan Dia perintahkan umat
Islam untuk mentaati beliau di samping taat kepada-Nya.Allah SWT berfirman,
“Katakanlah, “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajiban Rasul (Muhammad) itu hanyalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu hanyalah apa yang dibebankan kepadamu. Jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk,” (QS An-Nur [24]: 54).
”dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat,” (QS An-Nur [24]: 56).
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya),” (QS An-Nisa [04]: 59).
“Katakanlah (Muhammad), “Taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahwa Allah tidak menyukai orang-orang kafir,” (QS Ali Imran [03]: 32).
“Barangsiapa menaati Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah menaati Allah. Dan barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka,” (QS An-Nisa [04]: 80).
“Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-Qur’an itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),” (QS An-Najm [53]: 3-4) dan ayat-ayat yang lainnya.
Perbezaan
Akan tetapi batasan As-Sunnah menurut Syi’ah adalah sunnah Rasulullah SAW dan para imam mereka yang maksum. Maksudnya, sunnah mencakup bukan hanya sunnah Rasulullah SAW melainkan juga sunnah kedua belas imam mereka. Imam mereka yang 12 orang tersebut wajib ditaati sebagaimana taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya yang dikuatkan dengan wahyu. Mereka telah menambahkan perintah Al-Qur`an untuk taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya yaitu agar taat kepada makhluk yang Allah SWT sendiri tidak memerintahkannya.
Selain dari itu, Syi’ah telah meriwayatkan sunnah dari orang-orang yang tidak tsiqah (terpercaya) kerana tidak memenuhi unsur keadilan dan kesempurnaan hafalan.
Oleh kerana itu, kitab-kitab rujukan Ahlu Sunnah tidak diterima oleh mereka. Mereka tidak mahu menerima kitab Shahih Bukhari, Muslim dan kutub sittah lainnya, tidak mau menerima kitab Al-Muwatha, Musnad Ahmad dan kitab-kitab yang lainnya. (antaranya disebabkan periwat hadith dari kitab tersebut telah dikafirkan oleh syiah)
1.Persoalan Imam
Mengangap
Khalifah sebagai Imam
Ada fiqrah yang menyamakan kedudukan
Imam denganNabi, atau lebih dari itu
Percaya imam masih menerimawahyudariAllah padahal bercanggah dengan kepercayaan bahawa Rasulullah nabi
terakhir.
12 Imam mereka dianggap maksum
2. Kepercayaan Imam Lenyap
Imam ke-12 dari imam mereka diyakini lenyap dan akan muncul
pada akhir zaman: Imam Mahdi
Konsep Imam
Mahdi Ahlu Sunnah berdasarkan hadis dan berbeza
dengan pendapat golongan Syiah
3. Ajaran TaqiyyahDi antara ajaran Syi’ah yang menyangkut akhlaq adalah menjadikan Taqiyyah sebagai dasar dan pokok ajaran di dalam berinteraksi (bermuamalah) dengan orang lain. Mereka selalu melakukan Taqiyyah, yaitu menampakkan sesuatu yang berbeza dengan yang ada di dalam hati. Mereka itu mempunyai dua wajah. Wajah yang pertama dihadapkan ke sekelompok orang dan wajah yang lainnya dihadapkan ke kelompok yang satunya lagi. Mereka juga mempunyai dua lidah.
Mereka berdalih dengan firman Allah SWT,
”Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka,” (QS Ali Imran [03]: 28).
Akan tetapi, dengan sangat jelas ayat menerangkan bahawa dibolehkannya Taqiyyah adalah pada saat darurat yang memaksa seorang muslim harus melakukan hal ini (Taqiyyah) karena takut dibunuh atau ada bahaya besar yang mengancamnya. Keadaan seperti ini masuk ke dalam pengecualian, seperti firman Allah SWT,
”Barangsiapa kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman,”
(QS An-Nahl [16]: 106).
Pengecualian ini tidak boleh dijadikan sebagai acuan di dalam bermuamalah. Hal ini (Taqiyyah) boleh dilakukan pada saat darurat, yang mana keadaan darurat boleh menghalalkan sesuatu yang terlarang. Akan tetapi tetap harus dibuat perkiraan secara cermat. Untuk orang lain yang tidak terpaksa, tidak boleh melakukan hal ini. Kerana sesuatu yang terjadi atas dasar pengecualian tidak boleh dikiaskan.
Akan tetapi Syi’ah Imamiyah menjadikan Taqiyyah ini sebagai dasar di dalam muamalah mereka karena para imam mereka membolehkan hal tersebut.
Dari Ja’far Ash-Shadiq bahawasanya dia telah berkata
”Taqiyyah adalah agamaku dan agama leluhurku.”
Ibnu Taimiyyah telah mengkritik ucapan ini, ”Allah SWT telah menyucikan Ahlul Bait dari hal ini dan mereka tidak memerlukan Taqiyyah. Karena mereka adalah orang-orang yang paling jujur dan paling beriman. Oleh karena itu, agama mereka adalah Taqwa dan bukan Taqiyyah.”
4. Menolak Ijma’ Ulama
Pendapat ulama (ijma) sebagai sumber hukum Islam tidak diterima melainkan ulama Syiah
Menentukan hukum hanya mengikut ijma ulama mereka sahaja
5. Menolak konsep Qias
Qias :menetapkan hukum suatu kejadian dengan cara membandingkannya kepada
suatu kejadian atau peristiwa yang lain yang telah ditetapkan hukumnya
berdasarkan nas kerana ada persamaan antara kedua kejadian atau peristiwa itu.
Tidak memerlukan Qias kerana menganggap imam merekamasih menerima wahyu
dari Allah
6. Membenarkan Nikah Mutah Halal
Syiah Batiniah: Menghalalkan nikah sementara
Nikah ini tanpa wali dan saksi,asalkan wanita
itu menerima,bersetuju dan diberi
upah,tidak terbatas jumlah,
atau pun agama perempuan itu
7. Hukum agama untuk orang umum
sahaja
Syiah Ismailiyah: Imam dikecualikan dari dosa
(maksum) dan dibenarkan melakukan kemungkaran, terkecuali dari undang-undang
dan hukum
8. Fahaman Wahdatu Wahad
Wahdatul Wahad:
Allah boleh bersatu dengan makhluknya
Dipercayai oleh setengah firqah
Sesiapa yg
ingin melihat Allah, lihat sahaja pada
ciptaan-Nya
9. Konsep Raja’ah
Syiah
Ismailiyah: Rasulullah, Ali,Hasan,Husin dan 12 ImamSyiah akan bangkit pada
akhir zaman.
Musuh Ali, Saidina Abu Bakar, Uthman,Umar,Muawiyah danYazid) akan dibangkitkan bagi menerima
balasan merampas kuasa Saidina Ali
sebelum hari kiamat.
3. Pendirian syiah terhadap ASWJ
1. Sikap Syi’ah terhadap Al-Qur`an.Mereka berkeyakinan bahwa Al-Qur`an adalah firman Allah SWT. Mushaf yang dicetak di Iran dengan mushaf yang dicetak di Mekah, Madinah dan Kairo adalah sama. Al-Qur`an ini dihafal oleh anak-anak Iran di sekolah-sekolah agama (madrasah) di sana. Para ulama Iran juga mengutip dalil-dalil Al-Qur`an di dalam masalah pokok-pokok dan furu di dalam ajaran Syi’ah yang telah ditafsirkan oleh para ulama mereka di dalam kitab-kitabnya. Namun masih tetap ada di antara mereka yang berkata,
“Sesungguhnya Al-Qur`an ini tidak lengkap. Kerana ada beberapa surat dan ayat yang dihilangkan dan akan dibawa oleh Al-Mahdi pada saat dia muncul dari persembunyiannya.”
2. Sikap Syi’ah terhadap Para Sahabat
Pandangan negatif mereka terhadap para sahabat merupakan pokok dan dasar ajaran Syi’ah. Sikap mereka itu adalah turunan dari pokok ajaran mereka yang meyakini bahwa, Rasulullah SAW telah berwasiat jika beliau wafat, maka Ali bin Abi Thalib adalah pengganti beliau. Akan tetapi para sahabat menyembunyikan wasiat ini dan mereka merampas hak Ali ini secara zalim dan terang-terangan.
Oleh yang demikian, mereka telah mengkafirkan sahabat yang mereka tuduh merampas kuasa Ali iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah sering mencela ketiga-tiganya. Mereka juga mengkafirkan ramai lagi sahabat yang lain.
3. Imamah Ali dan keturunannya yang berjumlah 12 imam merupakan pokok ajaran mereka. Barangsiapa yang menolak, maka dia adalah kafir.
Di antara masalah akidah Syi’ah Imamiyah Itsna ’Asyariyah yang bertentangan dengan Ahlu Sunnah adalah, keyakinan Syi’ah bahwa kepemimpinan Ali dan keturunannya dari garis Husein merupakan pokok-pokok keimanan, seperti beriman kepada Allah SWT, beriman kepada para malaikat-Nya, beriman kepada kitab-kitab-Nya, beriman kepada para rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir. Tidak sah dan tidak akan diterima oleh Allah SWT iman seorang muslim, jika dia tidak beriman bahwa Ali adalah khalifah yang ditunjuk oleh Allah SWT. Demikian juga halnya dengan 11 imam keturunan Ali bin Abi Thalib. Barangsiapa yang berani menolak hal ini atau meragukannya, maka dia adalah kafir yang akan kekal di neraka. Seperti inilah riwayat-riwayat yang tercantum di dalam Al-Kaafiy dan kitab-kitab lainnya yang mengupas masalah akidah mereka.
Atas dasar inilah, sebagian besar kaum Syi’ah mengkafirkan Ahlu Sunnah secara umum. Hal ini kerana akidah Ahlu Sunnah berbeza dengan akidah mereka (Syi’ah). Bahkan Ahlu Sunnah tidak mengakui akidah seperti ini dan menganggap bahwa akidah ini adalah batil dan dusta atas nama Allah SWT dan rasul-Nya.
5. Dakwaan Wasiat dari Rasulullah SAW untuk Ali
Dakwaan adanya wasiat dari Rasulullah SAW untuk Ali menjadi khalifah setelah beliau wafat –seperti keyakinan Syi’ah- sungguh telah merampas hak kaum muslimin untuk memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Itulah wujud pengamalan terhadap perintah musyawarah yang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai ciri khas kaum muslimin,
”Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka,” (QS Asy-Syura [42]: 38).
Seolah-olah dengan adanya wasiat itu, umat Islam terbelakang selamanya, sehingga Allah SWT harus menentukan siapa orangnya yang berhak mengurusi dan memimpin umat Islam. Juga diharuskan orang yang memimpin umat Islam ini datang dari rumah tertentu dan dari keturunan tertentu dari keluarga rumah ini. Padahal semua manusia adalah sama. Yang jelas bahwa yang berhak memimpin umat Islam adalah orang yang diterima (diridhai) oleh umat Islam dan dia mampu untuk memikul amanah ini dan memimpin umat ini.
6. Keunggulan dan keutamaan Kelompok Tertentu atas Seluruh Umat Manusia
Keyakinan orang-orang Syi’ah dibangun atas dasar rasa unggul (merasa paling lebih) dari seluruh makhluk Allah SWT. Mereka merasa mempunyai kurnia yang sangat besar jika dilihat dari penciptaannya. Mereka ini berhak untuk mengatur orang lain walaupun mereka tidak memilihnya. Hal ini kerana ia telah menjadi keputusan langit.
Pemikiran seperti ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam secara umum. Hal ini disebabkan seluruh manusia adalah sama seperti yang lain. Hanya ada satu Rabb bagi seluruh umat manusia dan memiliki nenek moyang yang sama yaitu Adam AS. Mereka semua diciptakan dari bahan yang sama, yaitu sperma. Oleh karena itu, tidak ada rasa unggul seorang manusia atas manusia yang lain kecuali dengan taqwanya. Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Qur`an,
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti,”
(QS Al-Hujurat [49]: 13).
7. Penyebaran Bid’ah di Kalangan Syi’ah
Di antara yang harus diperhatikan dari Syi’ah yaitu terjadinya penyebaran bid’ah yang mengandung kemusyrikan di kalangan para pengikut Syi’ah. Mereka menyembah kuburan para imam dan syaikh mereka. Mereka berani bersujud ke kuburan, meminta pertolongan kepada ahli kubur dan berdoa meminta kebaikan untuk para peziarahnya dan supaya terbebas dari segala macam bahaya. Menurut mereka bahawa para ahli kubur tersebut boleh mendatangkan manfaat dan bahaya, boleh mendatangkan kemiskinan dan kaya seseorang dan boleh membuat seseorang senang mhaupun sengsara.
Perkara-perkara ini walaupun diakui salah oleh ulama’ syiah, tetapi tiada usaha menghalangnya seperti ulama’ sunni menetang bidaah.
8. Syi’ah Memalsukan Sejarah
Sesungguhnya Syi’ah telah merendah-rendahkan serta menghina ramai para sahabat, tabiin, dan para pengikut mereka. Juga mereka berani mengubah alur sejarah umat Islam sejak zaman yang paling baik (zaman Rasulullah SAW dan para sahabatnya dan generasi setelah ini). Yaitu zaman terjadinya futuh (pembebasan negeri dengan cara damai) dan kemenangan gilang gemilang serta kemasukan ramai umat manusia kedalam Islam, dan membuka banyak negeri serta menawan banyak kerajaan.
Bahaya Syiah
Akidah
Menyekutukan Allah dengan Imam dari sudut perkara ghaib
Imam miliki kuasa halal dan haram setanding Allah
Syariah
Hancur konsep dosa kerana tidak setimpal perbuatan mereka
Tidak solat, zakat, haji kerana ditampung oleh amalan lain
Ak hlak
Mengina Rasulullah dan sahabatnya dan isterinya
Taqiyyah(dusta) amalan wajib, meninggikan darjat
Kesimpulan
Golongan
syiah wujud asalnya atas dasar politik dan kemudian menjadi isu akidah. Syiah
dipercayai dipengaruhi oleh ajaran bangsa Parsi yang mewarisi pemerintahan
(kerajaan beraja) dan yahudi secara halus (menyongsangkan akidah secara halus
seperti al-quran tidak lengkap).
Disebabkan
golongan syiah telah mengkafirkan ramai sahabat, ia menjadikan hadith mereka
tidak lengkap. Ajaran mereka salah dan akidah mereka songsang. (antara yang
dikafirkan ialah Saidina Abu Bakar. Umar. Uthman dan Saidatina Aisyah)
Syiah
yang beriktikad sahabat nabi sebagai kafir dianggap telah murtad disisi Ahli
Sunnah wajamaah.




