Sabtu, 22 Januari 2011

Kehebatan Formula RTE

Adakah anda anggup untuk mengunyah apatah lagi kemam ubat hospital? Bagaimana reaksi anak anda apabila diminta untuk memakan ubat?

Situasi ngeri seperti itu kini tiada lagi dengan kaedah formula RTE yang bersih,halal, wangi dan berkesan.
Formula RTE terdiri daripada ViTTO, Dignity, Aroma Sifar, Garam Energy dan HabGarlic Pluss.

Formula RTE adalah bersifat alami, bersih, halal dan wangi. Rasailah sendiri produk RTE sebagai ubat atau makanan tambahan anda.

ViTTO terdiri daripada 20 formula yang diperbuat daripada sukros tebu bermutu tinggi. sukros tersebut sebenarnya hanyalah bertindak sebagai pembawa tenaga yang dimasukan kedalam sukros tersebut bergantung kepada frekuensi tertentu.

Formula ViTTO boleh membantu merawat  hampir semua jenis penyakit. Bertindak terus kesasaran sel melalui rangsangan keatas keelnjar dan organ. Formula ViTTO sangat berkesan jika pengambilannya diambil secara betul, banyak testimoni telah mengakui kehebatannya. Cara memakannya ialah dengan mengemam butiran sukros tersebut,ianya manis dan sedap. Kanak-kanak amat meminatinya, malah jika tidak disimpan dengan betul, akan habis dimakan oleh kanak-kanak, namum jangan risau kerana tiada kesan sampingan. Formula ini merupakan satu penyelesaiaan bijak untuk ibu bapa.

Dignity pula terdiri daripada empat jenis, iaitu Trueman, Truewoman, Energy Booster dan Genius Kid. Diperbuat daripada pati bunga yang wangi dan berkhasiat selain turut ditenagakan agar memberi kesan optimum kepada pemakainya.

Produk RTE seterusnya ialah Garam energy. Garam rendah sodium ini sangat sesuai untuk semua golongan termasuklah pesakit darah tinggi. Garam ini turut dipertenagakan, kesan penggunaannya amat menakjubkan dan sangat sesuai untuk membantu memulihkan semua jenis penyakit.

Aroma Sifar adalah antara produk terbaru RTE. Produk ini yang diperbuat dari pelbagai jenis ramuan, merupaakn satu wangian yang mempunyai 1001 khasiat. Kesannya sangat menakjubkan dan kadang-kadang disebut sebagai ajaib.

HabGarlic adalah makanan tambahan sunnah yang dikeluarkan oleh RTE. Produk ini sangat bagus dalam membantu mencapai tahap optimum kesihatan individu. Sesuai untuk lelaki dan wanita, produk ini dirumus khas dan turut dipertenagakan dengan Asas Tenaga.

Jumaat, 21 Januari 2011

Harmoninya Pertimbangan Sunnah

Apabila Prof Dr  Jaffry Hassan diminta mengajar di FSHE-OIUCM, beliau memilih untuk mengubah suai ilmu perubatan energy dengan membawa konsep pertimbangan sunnah. Ini kerana pertimbagan sunnah adalah satu konsep holistik dan matlamat akhirnya adalah untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t dan kearah keharmonian.

Pertimbangan Sunnah adalah satu kaedah yang mengambil kira al-Quran, Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, Ulama dan Alam semulajadi.


Apa bezanya ia dengan ajaran islam yang lain? Sebenarnya tiada bezanya, tetapi kami mengetengahkan pendekatan Islam yang harmoni, yang memang ditekankan tetapi kini tidak lagi atau jarang diamalkan sehingga menyebabkan Islam dipandang serong dan kekuatan Islam tidak dapat dipancarkan.


Contoh Harmoni dalam Pertimbangan Sunnah
Islam mengajar kita mengambil berat jiran tetangga kita. Bayangkanlah jika kita memenuhi hak jiran kita sekarang, makan minumnya terjaga, sakit peningnya dijenguk dan pelbagai masaalah dikongsi bersama.
Mungkin masaalah seperti pecah rumah, masaalah kemiskinan yang menyebakan ada yang terputus bekalan makanan serta terlantar sakit dapat diatasi melalului kaedah ini. Bayangkan betapa harmoninya apabila hak jiran dipenuhi.

Kaedah Menegur - Nabi s.a.w dalam sirahnya cukup menjaga hati dan perasaan orang lain, termasuklah dalam menegur seseorang. Inilah yang perlu kita praktikan dalam kehidupan seharian kita agar orang lain lebih dekat kepada islam, dan bukan sebaliknya. Walaupun seseorang itu tidak menutup aurat, tidak solat, melakukan kesalahan dalam agama dan sebagainya, selain menegur, apa yang penting ialah menjaga air muka seseorang itu. Islam melarang sama sekali mengaibkan orang lain.

Hak Pekerja - Islam mengajar kita untuk membayar upah pekerja sebelum kering peluhnya. Bayangkan betapa harmoninya jika semua majikan mengambil ini sebagai satu tuntutan agama dan undang-undang syarikat. Disebabkan kita sekarang mengamalkan gaji bulanan, sepatutnya semua majikn membayar gaji setiap pekerjanya tepat pada waktunya, tetapi ini tidak berlaku sehinggakan ada pekerja yang meracau dalam FB kerana gajinya masih tidak dibayar. Masakan tidak, setiap sen gaji itu sebenarnya telahpun menjadi milik orang lain iaitu untuk membayar rumah,kereta dan lain-lain. Selain itu seseorang pekerja itu juga mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak-anak yang perlu diberi nafkah. Oleh itu setiap majikan perlulah memahami semua ini.

Contoh lain pertimbangan Sunnah - Kita sering kali berjumpa dengan orang yang dikategorikan sebagai pondan atau bapok. Biasanya setiap orang memaki hamun didalam hatinya dan mengutuk si bapok tersebut. "Anak siaaplah ini, dasar keturunan kaum luth" dan sebagainya. Tetapi dalam pertimbangan Sunnah sebaliknya kita mendoakan si bapok tersebut agar kembali kepangkal jalan, selain berdoa agar keturunan kita tidak menjadi seperti itu.

Begitu jugalah ketika dijalan raya, semasa kita sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta yang memandu dengan begitu laju dan memotong rapat dari sebelah kiri, ini memaksa kita menekan sedikit brek. Biasanya orang akan memaki hamun pemandu tersebut dan menekan hon dengan kuat. Dalam konsep Pertimbaangan Sunnah, kita perlu beristigfar kerana mungkin ada dosa yang kita lakukan, kemudian bersyukur kerana kita masih selamat dan kita berdoa kepada Allah agar pemandu tersebut yang mungkin ada urusan penting(bersangka baik) diselamatkan Allah sepanjang pemanduaannya.

Ini semua bukan sahaja berkisar tentang agama semata-mata, tetapi hukum fizik(gelombang) ruang dan masa. Bayangkan jika kita telah memulakan pagi kita dengan memaki hamun orang lain hanya kerana orang itu tersangkut di lorong smart tag, sekaligus mengganggu kelancaran trafik. Gelombang yang terhasil dari makian itu akan merosakan terus 'mood' kita pada hari itu, dan jika gelombang tersebut tidak disekat, dan tenaganya tidak diubah, ianya akan menyebabkan kemudaratan pada kita nanti.

Ini kerana gelombang yang dihasilkan dari gema hati adalah lebih dasyat kelajuan dan kesanya dari yang dihasilkan oleh mulut yang kita boleh dengari. Oleh itu janganlah kita memaki hamun atau mengata sesuatu yang tidak baik apatah lagi didalam hati, kerana kelak binasa diri. Gunakanlah bahasa yang baik-baik, kerana itulah pertimbangan sunnah.

Contoh harmoni yang lain adalah semasa Nabi s.a.w memasuki kota Makkah, Saidina Umar, Salaehudin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh memasuki al-Aqsa. Ianya sungguh harmoni tanpa pertumpahan darah.
Didalam bidang perubatan, selain yang saya coretkan mengenai antibiotik, Pertimbangan sunnah lain ialah apabila RTE mengamalkan konsep semulajadi dalam kaedah perubatannya, sukros yang dikemam hanya merangsang sesuatu kelenjar atau organ untuk bertindak seterusnya mengeluarkan penawar semulajadi dari badan, bukan dengan memaksa seperti ubatan alopathy.

RTE juga amat mementingkan keseimbangan alam dalam kaedah rawatannya. Ini kerana apa yang ada pada alam ada pada manusia, tidak seimbangnya alam, binasalah manusia.

Contoh lain ialah RTE mengamalkan ubat-ubatan yang bersih, wangi dan halal.

bersambung...

Selasa, 18 Januari 2011

Vaksin

Vaksin merupakan salah satu cara perubatan moden yang digunakan sebagai rawatan pencegahan awal. Antara saintis yang terawal menemui vaksin ialah Edward Jenner yang menemui vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit small pox manakala Louis Pasteur pula mencipta vaksin terhadap penyakit rabies.

Tujuan utama penggunaan vaksin ialah untuk mengaktifkan sistem immuniti tubuh. Ianya akan mengaktifkan sel darah putih (B cell dan T cell) untuk bertindak. Selain daripada itu vaksin akan mencipta sel-sel memori dalam sistem pertahanan tubuh. Jesteru itu pendedahan kepada agen penyakit yang sama akan merangsangkan
tindak balas yang segera.

Terdapat dua jenis imunisasi :
1. Imunisasi pasif – ini dilakukan dengan menyuntik immunoglobulin kepada pesakit yang sudah mengalami penyakit.

2. Imunisasi aktif – melibatkan suntikan suntikan patogen yang diubahsuai atau dibersihkan ataupun produk daripada patogen tersebut.

Vaksin boleh dihasilkan melalui beberapa cara:

1. Organisma yang mati : sebagai contohnya vaksin untuk virus influenza
2. Organisma yang hidup tetapi dilemahkan : contohnya vaksin untuk kuman measles, mumps dan rubella (MMR)
3. Bahagian tertetentu daripada organisma ataupun produknya : contohya vaksin untuk tetanus.
4. Secara syntetik

Kemungkinan vaksin boleh menjadi najis ialah berpandukan kepada sumber yang diambil untuk semasa penyediaanya. Contoh penggunaan vaksin daripada sumber najis ialah apa yang pernah berlaku di negara kita iaitu suntikan yang dikenakan kepada jemaah haji. Di mana jemaah haji diberikan 2 suntikan iaitu suntikan vaksinanti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent dan influenza (flu).

Tujuan utama diberi suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent ialah untuk mencegah jangkitan kuman Neisserria Meningitis yang boleh menyebabkan penyakit meningitis (infeksi pada selaput otak). Penyakit ini boleh membawa ajal.
Perbincangan sama ada boleh atau tidak mengenai penggunaan vaksin ini menjadi perbahasan hangat dikalangan ulama. Ini kerana ada yang berpendapat ianya tidak najis kerana telah berlaku istihlah (transformasi). Pada musim haji 1422 hijriah, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof. Dr. Musa Mohd Nordin mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin ACYW 135 boleh digunakan kerana telah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain. 

Manakala pada musim haji tahun yang berikutnya Menteri Kesihatan Dr. Chua Jui Meng mengumumkan bahawa jemaah haji boleh memilih samada untuk menggunakan vaksin ACYW 135 yang bernama menomune yang dihasilkan daripada khinzir atau pun mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas daripada unsur khinzir.


*Pandangan Saya

Pengamal perubatan alternatif ataupun komplementeri biasanya menolak penggunaan vaksin. Antara yang jelas menolak ialah perubatan homeopathy, perubatan elotronik dan RTE sendiri.


Mengapa RTE menolak penggunaan Vaksin?
  1. Ianya tidak termasuk dalam kaedah yang diamalkan oleh Nabi s.aw. (tidak mengikut pertimbangan sunnah)
  2. Sumber vaksin yang diragui.(dari bahan yang haram)
  3. Vaksin diperbuat dari sumber yang kotor dan merbahaya.
  4. Kesan buruk untuk jangka panjang dari segi sakhsiah peribadi indivudi pada masa depan dan penyakit yang mungkin dihadapi kesan dari vaksin tersebut.
  5. Tidak semulajadi
RTE percaya bahawa sekiranya pun Vaksin banyak membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut dan kecacatan, tetapi ada hikmah  tersembunyi disebalik mengapa Nabi s.a.w tidak menggunakan kaedah seperti tersebut, atau yang hampir seperti tersebut.

Hikmahnya mungkin tidak terkaji dan terfikir oleh generasi sekarang, tetapi pasti akan dijumpai oleh generasi akan datang melaului kajian berterusan.


Memasukkan mikrob yang dilemahkan dengan kaedah yang kotor, merbahaya dan diragui adalah sangat tidak sesuai dengan pertimbangan sunnah.Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w


نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ

(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menolak vaksin juga adalah salah satu mencegah lebih baik dari mengubati,kerana kesan jangka pajang vaksin yang dipercayai turut merbahaya. RTE sangat percaya tentang penawar secara semulajadi berada didalam tubuh badan manusia dan ianya boleh dirangsang secara harmoni, dan bukannya secara paksa yang boleh memudaratkan.

Menjadi satu kebiasaan sekarang apabila klinik alopathy menawarkan pelbagai jenis vaksin secara peribadi untuk mereka yang mampu. Vaksin-vaksin ini biasanya tidak termasuk dalam program vakin kebangsaan. Keluarga yang berkunjung ke klinik-klinik swasta tersebut diatut-takutkan dengan penyakit yang bakal dihadapi oleh anak mereka sekiranya tidak mengambil vaksin tambahan yang ditawarkan oleh klinik mereka.

Jelas disini, vaksin kini disalahgunakan bagi mengaut keuntungan dengan menakut-nakutkan orang awam tentang penyakit yang sebenarnya dibawah pengetauhan Allah s.w.t. Walhal jutaan bayi yang lahir sihat diseluruh dunia tanpa mengambil sebarang vaksinpun.

Isnin, 17 Januari 2011

Kaedah Pertimbangan Sunnah




Cara pengubatan amalan Rasulullah S.a.w

1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah, berdoa dan bersabar.
       
2. Berehat
            3. Menggembirakan Pesakit.

4. Merawat Rohaninya (Psikotherapi)

5. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine.

6. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit.

           7. Berpantang Ketika Sakit.
.
8. Memakan Ubat.

9. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.

10. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)

11. Pembedahan (Operation)
    

Senarai diatas adalah contoh kaedah nabi berubat, namun, RTE yang mengamalkan konsep pertimbangan sunnah sebenarnya lebih dari itu. RTE mengambil kira semua aspek tindakan dan keputusan nabi dan mengaplikasikannya dalam kaedah rawatannya.


( Nabi s.a.w didatangi oleh malaikat gunung ganang untuk memusnahkan penduduk Taif, kehadirannya adalah untuk mengikut apa sahaja arahan Nabi s.a.w. setelah Nabi s.a.w mengadu kepada Allah yang beliau telah dicerca,dihalau dan dikasari oleh pemimpin dan penduduk Taif,  Dalam keadaan buku lali Nabi s.a.w yang masih mengalir darah, Nabi s.a.w sebaliknya bersabda " Aku tetap menaruh harapan kepada Allah, bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yang menyembah Allah dan beribadat kepadaNya dikalangan anak-anak mereka.")
 
Dari cerita ini, nabi tidak bertindak untuk membalas dendam dengan menyuruh malaikat gunung ganang memusnahkan penduduk Taif, sebaliknya nabi mengharapkan dari keturunan penduduk itu nanti akan ada yang menyembah Allah s.w.t
Dalam konsep perawatan,RTE mengambil iktibar dari kisah ini. Contohnya, jika kita sakit, akibat daripada serangan atau jangkitan bakteria, kita akan disuruh mengambil antibiotik. Antibiotik biasanya perlu diambil dengan mengikut peraturan dan jika dilanggar boleh menyebabkan tubuh kita imune terhadap bakteria  tersebut dan akan datang memerlukan antibiotik yang lebih kuat. Selain itu, antibiotik akan membunuh semua bakteria yang mampu dibunuhnya walaupun sebenarnya terdapat bakteria baik yang diperlukan oleh tubuh.

Kaedah RTE pula ialah dengan menggunakan V5 yang merangsang kawasan limbic. Ini akan menghasilkan antibodi semulajadi badan seterusnya hanya membunuh bakteria yang menyebabkan radangan pada tubuh.

Ini sangat sesuai dengan pertimbangan sunnah apabila hanya bakteria jahat sahaja yang dibunuh, mengekalkan keseimbangan bakteria dalam badan, membolehkan sebahagian bakteria lain memainkan peranannya dalam sistem tubuh badan, tiada kesan sampingan jika pengambilan V5 tidak mengikut peraturan dan tiada kesan sampingan akibat pengambilannya seperti cirit-birit, loya dan tindak balas lain.

RTE dalam kajiannya mendapati bahawa, segala tindakan,keputusan dan matlamat nabi s.a.w dalam menjalankan gerak kerjanya akhirnya semuanya bertindak kearah titik keharmonian. 
Keharmonian inilah yang kemudiannya membentuk kesihatan yang menyeluruh pada tubuh manusia.
 

Konsep Rawatan RTE


Setelah saya mempelajari, mengamalkan dan merawat pesakit menggunakan kaedah RTE, saya mendapati bahawa  konsep perawatan RTE adalah seperti berikut;

1.  Perubatan Moden
2.       Kaedah dan Rawatan terkini
3.       Kaedah Semulajadi
4.       Mementingkan keseimbangan alam
5.       Penyembuhan semulajadi
6.       Mengutamakan konsep pertimbangan sunnah
7.      Holistik
8.       Harmoni

RTE adalah singkatan kepada Revolusi Teknologi Energy. Iaitu satu kaedah perubatan moden yang mengkaji aspek tenaga. Ini kerana, RTE percaya penyakit adalah satu bentuk tenaga. Prinsip atau hukum tenaga menyatakan bahawa, tenaga berada dimana-mana, ianya tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, malah tenaga boleh ditukarkan kepada bentuk yang lain, dengan kata lain tenaga boleh dialihkan ke ruang atau tempoh hayatnya kepada keadaan realiti serta selamat.

RTE percaya bahawa tenaga ini (penyakit) adalah zat/jisim ciptaan Allah yang mempunyai hikmah, manfaat atau kebaikan kepada setiap makhluknya.

Melaului kaedah RTE, setiap pesakit akan didiagnosa melalui kaedah ujian otot tangan. Ujian ini adalah satu ujian yang sangat tepat, pantas dan menjimatkan.

Oleh yang demikian, rawatan RTE akan terus mensasarkan punca penyakit tanpa memberi tekanan dan memusnahkan penyakit tersebut. Ini secara tidak langsung menyelamatkan sel,tisu,organ dan system badan dari tekanan kimia beracun, dadah dan pancaran x-ray.

Dengan hanya kemam dimulut, Formula yang dihasilkan oleh RTE akan sampai ke sasaran sel dan merangsang penawar semula jadi tubuh.

RTE dalam usahanya memastikan kejayaan kaedah rawatanya turut mementingkan keseimbangan alam. Ini adalah kerana, apa yang ada pada alam turut berada pada tubuh diri manusia. Tidak seimbangnya alam, maka binasalah manusia.

Justeru itu, RTE turut mengambil kira aspek lain seperti warna, suhu,kedudukan, arus angin, turun naiknya matahari dan lain-lain.

Dalam memastikan kaedah dan keberkatan rawatannya, konsep pertimbangan sunnah menjadi asas penting kepada perawatan RTE. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t

“Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada di waktu susah mahu pun senang).” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Asas pertimbangan sunnah diletakkan agar kejayaan dalam rawatan dengan kaedah paling selamat, berkesan dan harmoni dapat diwujudkan.

RTE menolak sebarang konsep rawatan yang lari dari pertimbangan sunnah dan amat yakin bahawa sesuatu yang ditolak oleh Nabi s.a.w ada hikmah disebaliknya yang mungkin tidak terfikir oleh manusia pada waktu ini, tetapi dijumpai oleh manusia pada waktu yang lain.

Rawatan RTE juga adalah bersifat holistik. Ianya bukan sahaja merawat fizikal, tetapi mental dan akhlak pesakit. Tujuan  RTE adalah untuk membawa pesakit memahami faktor sebenar penyakit dan bagaimana sifat sebenar sebagai seorang yang diuji dengan dugaan penyakit.

Akhir sekali konsep rawatan RTE akhirnya menuju kearah keharmonian. Formula yang diambil oleh pesakit bekerja secara harmoni tanpa memberikan kesan sampingan kepada pesakit. Psikologi pesakit kembali menjadi tenang dan akhirnya pesakit mampu merawat dirinya sendiri dengan kaedah ini.
*setiap satu konsep perawatan akan diulas dengan lebih terperinci dengan tajuk-tajuk yang lain.

Sabtu, 15 Januari 2011

Bahaya Ubat yang dianggap PENYEMBUH

Ubat-ubatan moden yang berlambak dipasaran yang merupakan satu kumpulan racun yang  boleh memberikan kesan akut (kesan keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan pengambilannya tidak dipatuhi.

Statistik keracunan Malaysia dari 1988-1991 menunjukan sejumlah 1745 kes dilaporkan. Ubat-ubat yang sering dilaporkan mengakibatkan keracunan ialah ubat antidpresi,analgesik,ubat selsema(antihistamin), ubat tidur yang mengandungi barbiturat,ubat sakit jantung, ubat penenang, ubat batuk yang mengandungi narkotik dan ubat penambah mineral seperti zat besi.


Ubat Antidepresi
Ubat ini digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah gangguan tinglah laku, seperti bermuram,cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-duanya iaitu kaunseling dan ubat. Ubat yang biasa digunakan ialah antidepresi trisiklik seperti imipramin.

Keracunan akibat lebihan pengambilan trisiklik (melebihi 500mg) ialah gangguna pada sistem jantung dan saraf. Ini kemudian mewujudkan gejala seperti suhu badan menurun, penglihatan kabur, tekanan darah menurun,sawan, pernafasan tertekan dan gangguan degupan jantung serta koma.

Tiada rawatan untuk ini kecuali memaksa pesakit memuntahkannya kembali dengan menggunakan Sirup Ipecac dan lain-lain kaedah yang wajar.

Ubat Analgesik
Kumpulan ubat jenis ini digunakan untuk menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya mengurangkan rasa kesakitan secara sementara, apabila rasa sakit kembali, pesakit cenderung untuk mengambil lagi dengan menambah jumlah dos atau memakan dengan kerap sehingga menghasilkan keracunan.

Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenid narkotik adalah dadah terkawal sepertik petidine dan morfin. Manakala jenis bukan narkotik seperti paracetamol dan aspirin.
Jenis narkotik biasanya dikawal dosnya oleh doktor dan tidak mudah didapati, tetapi jenis bukan narkotik adalah tidak terkawal, mudah didapati dimana-mana sahaja farmasi malah kedai runcit sekalipun. Ini menyebabkan ianya tidak terkawal dan pesakit cenderung menyalah gunakannya sehingga menimbulkan keracunan.

Paracetamal-Panadol
Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat ini diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metaboit tadi bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati, buah pinggang juga akan rosak dengan mekanisma yang sama.


Aspirin
Biasanya digunakan untuk meredakan kesakitan, menurunkan suhu ketika demam, mengurangkan kesakitan atritis dan mencairkan darah.

Biasanya diambil 1g dengan 4 biji maksimum sehari. Kepada kanak-kanak aspirin boleh menyebabkan penyakit Reye, kepada orang dewasa pula muntah dan loya adalah antara kesan sampingan pengambilannya.
Aspirin boleh menyebabkan pendarahan diperut, gusi malah juga otak!

Pengambilan berlebihan aspirin akan menjadi racun kepada tubuh, tanda-tanda awalnya ialah loya, berpeluh, suhu meningkat, lesu dan akhirnya pesakit tidak sedarkan diri dan boleh membawa maut.

Apa Itu Revolusi Teknologi Energy


“Revolusi Teknologi Energi merupakan suatu teori yang menggunakan teknik perawatan melalui metodologi “misteri” dalam gelombang tenaga makanikal yang menitikberatkan hukum “pertimbangan sunnah” dan hukum peraturan alam semulajadi (The Law of Physic).

Kaedah rawatan yang ditawarkan selamat,cepat berkesan dan murah.

“Masalah, penyakit, tekanan dan pelbagai lagi kerumitan hidup sentiasa berlegar-legar tenaga hayatnya selagi wujudnya alam maya ini. Manusia tidak dapat lari dari tekanan hidup seterusnya penyakit akut, serius mahupun membawa kepada maut. Begitu jugalah kehidupan organisasi sel yang sentiasa tercemar atau terdedah kepada virus hingga membawa kepada kemusnahan.

Revolusi Teknologi Energi /RTE berhasrat memupuk dan mendidik masyarakat dalam pengamalan pengubatan sendiri dengan kaedah misteri dalam revolusi tenaga hayat semulajadi dalam “pertimbangan sunnah” agar lebih peka dan berilmiah dengan cara bertertib mengikut peraturan alam yang telah disusun sangat rapi oleh Maha Pencipta.”


” Setiap kejadian Allah semuanya memberikan manfaat kepada manusia makhlukNya dalam apa jua bentuk masa dan keadaannya. Oleh kerana setiap kewujudan adalah di dalam bentuk jisim(benda), maka setiap jisim juga mempunyai tenaga kerohaniannya sendiri….”


“Penyakit juga mempunyai gelombang tekanan, tahap dan juga masa serta kuasa kelemahannya. Kajian rawatan RTE telah merangka satu kajian tentang metodologi satu keajaiban kuasa penyembuhan dalam keheningan pertimbangan sunnah.

RTE telah menghasilkan formula berbentuk sukros yang telah dipertenagakan mengikut teknik memerangkap tenaga kaedah getaran energi misteri dalam medium frekuensinya dan tahap keperluan energi kepada sistem kelenjar untuk merangsang dan sebagai input semula kerja-kerja enzim sebagai pemangkin berbagai jenis asid amino dan nutrisi semulajadi yang menjadi keperluan kepada sel-sel yang telah mengalami gangguan atau ketidakseimbangannya.

Segala macam bentuk penawar secara semulajadi sebenarnya telah sedia ada di dalam organ hati kita untuk menyelaraskan keadaan ini.

“RTE memegang teguh kepada prinsip yang menyatakan penyakit itu tidak berpunca dari satu sudut sahaja, malah ianya berkait rapat dengan apa yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh dan bau. Istilahnya ialah kepentingan dalam menjaga etika, adab dan tertib kepentingan sunnah didahulukan demi untuk menjaga kesihatan roh, semangat, fizikal, jasad dan seumpamanya. Begitulah yang diajarkan oleh Islam yang dicontohkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W”