Isnin, 19 September 2011

Hutang perubatan tinggi



* Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
* Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara
purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.
* Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.
* Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.

Masalah hutang perubatan tinggi rakyat Malaysia
Mastura binti Mohd Zain Pegawai Penyelidik

04/10/2011 | Artikel Bahasa Malaysia

Baru-baru ini didedahkan bahawa terdapat 36 000 rakyat negara ini yang menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunselling dan Pengurusan Kredit(AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.

Rata-rata mereka ini berumur di antara 20an dan 50an dan mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang tersebut. Menurut AKPK, angka tersebut merupakan 26% daripada keseluruhan 140,462 pelanggannya yang buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutang.

Jumlah itu pula dijangka terus meningkat kerana gaya hidup rakyat negara ini yang kurang bersenam, tekanan kerja dan gemar mengambil makanan segera. Mengikut AKPK, trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun.

Pada tahun 2007, sebanyak 18% sahaja yang dirujuk kepada AKPK dan kini meningkat kepada 26%. Dalam kebanyakan kes, pesakit menggunakan kad kredit untuk mendapatkan rawatan awal. Ini kerana hospital-hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit. Oleh itu jalan mudah adalah bagi mereka menggunakan kad kredit.

Akhirnya, bukan sekadar membayar deposit sahaja menggunakan kad kredit, keseluruhan kos rawatan juga dibayar menggunakan kad kredit. Timbul persoalan apakah yang menyebabkan kos rawatan tinggi di hospital swasta? Ini kerana doktor profesional tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan caj yang tinggi terhadap pesakit kerana mempunyai jadual dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kadar bayaran doktor profesional adalah tertakluk di bawah Jadual ke 13 kepada Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Ini bermakna kadar caj doktor telah ditetapkan jumlahnya.

Oleh itu caj yang mahal bukan disebabkan oleh bayaran doktor atau kepakaran, tetapi bayaran lain seperti sewa peralatan dan bilik bedah, penyelenggaraan yang tinggi serta kemudahan bilik rawatan terkini bertaraf lima bintang.

Terdapat juga caj bagi perkhidmatan jururawat, alat pakai buang, ubat yang lebih mahal serta bayaran perkhidmatan untuk buang sampah, yang juga dikenakan kepada pesakit. Ini yang menyebabkan bayaran hospital swasta kebanyakannya terlalu tinggi.

Berbanding dengan hospital kerajaan di mana perkhidmatan dan ubat-ubatannya ditanggung oleh kerajaan dan pesakit hanya membayar alat ganti dalam pembedahan. Seeloknya pesakit mendapatkan maklumat terperinci mengenai kos rawatan sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta. Pesakit juga perlu bertanya tentang sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, contohnya komplikasi semasa pembedahan yang akan mengakibatkan caj tambahan.

Jika pesakit sudah dilindungi di bawah insurans, pastikan jika terdapat had kepada jumlah kos rawatan yang ditanggung pihak insurans agar tidak terpaksa membayar lebih dari jumlah yang ditetapkan.

Bagi pihak hospital pula perlu lebih telus dalam memberitahu semua pesakit terlebih dahulu mengenai anggaran kos rawatan di hospital mereka, selain bayaran bagi doktor profesional. Contoh caj adalah caj yang dinaikkan disebabkan oleh kos peralatan atau kelengkapan pakai buang, kos bagi inisiatif kualiti, kos kawalan jangkitan hospital dan sebagainya di mana kenaikan kos tersebut tidak dapat dielakkan.

Pada masa yang sama, pihak hospital swasta perlu menyediakan bil terperinci kepada pesakit apabila diminta. Pesakit yang merasakan bil hospitalnya terlalu tinggi atau melampau, boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan.

Semua aduan akan disemak dengan merujuk kepada Jadual Ketiga Belas, Peraturan-Peraturan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta (Hosptal Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Sekiranya aduan tersebut berasas, kementerian akan memohon pihak hospital dan pengamal perubatan terlibat untuk mengemukakan penjelasan serta mengadakan rundingan dengan pengadu.

Di antara sebab bil rawatan tinggi adalah kerana hospital swasta lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding soal kemanusiaan. Oleh itu disarankan agar hospital swasta jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain tetapi perlu juga bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.

Masyarakat kita juga harus mengubah sikap suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah kepada orang lain. Jika memang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, maka tidak payahlah ke situ. Seperti kata pepatah “ukur baju di badan sendiri”. Yang penting hidup mengikut kemampuan dan jangan fikirkan apa orang lain kata. Yang akan menanggung bil rawatan yang tinggi adalah diri sendiri, bukan orang lain.

Bagi orang Islam, hendaklah berusaha menjelaskan hutang rawatan perubatan mereka. Ini kerana orang yang tidak membayar hutang rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang tersebut. Sudah tentu kita tidak mahu terdiri dari golongan yang dimaksudkan.


*komen saya.
Islam mengajar kita untuk menjaga kesihatan dan mengelakan hutang. Dunia semakin parah apabila sunnah ditinggalakan.

Sabtu, 17 September 2011

Doktor..saya tak nak meninggal...


Rutin saya seperti biasa pada pagi hari jumaat, kami akan buat 'grand round' bersama sama dengan ketua jabatan,pakar, pegawai perubatan, staff yang terdiri daripada ketua jururawat, jururawat dan penolong pegawai perubatan dan juga pelaajr-pelajar perubatan. Kami akan pergi daripada satu katil ke satu katil pesakit untuk melihat dan berbincang tentang pesakit berkenaan sebelum pembedahan dan perkembangan pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Alhamdulillah syukur yang amat tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana semua pesakit yang dibedah oleh pasukan kami, yang juga melibatkan tangan saya menunjukkan pemulihan yang positif, tiada 'wound brakedown' (masalah luka selepas pembedahan yang dijangkiti kuman). Ini menjadikan saya merasa sungguh gembira dan berjanji untuk bekerja dengan lebih baik lagi kerana Allah ta'ala. Alahmdulillah, dengan keadaan pesakit yang terkawal, dapatlah saya pergi masjid lebih awal untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, dapat pula memenuhi jemputan jamuan hari raya di jabatan lain dan kemudian untuk hari-hari yang tidak sibuk, dapatlah balik jam 5 petang seperti orang lain, dapatlah saya berehat dirumah setelah seharian bekerja di hospital getus saya didalam hati. Ternyata hari ini adalah hari yang penuh dengan rasa syukur.

Namun, hari berkenaan tidak berakhir dengan begitu sahaja. Setibanya di rumah, pager saya bergegar, seiring dengan telefon saya. Ternyata panggilan dari hospital, menyatakan ada kes kecemasan daripada CRW (cardiac rehablitation ward). Minggu berkenaan saya merupakan 1st 'oncall'. Seawal ini mereka memanggil saya, sudah tentu ini bukan kes biasa. Kesnya ialah seorang perempuan Melayu Islam, berumur 22 tahun yang mengalami ketumbuhan pada dadanya. Kes ini menjadi kritikal apabila ketumbuhan itu sudah terlalu besar sehingga tekanannya mengakibatkan air terkumpul pada kantung jantung.

Jantung kita mempunyai karung @ kantung yang dipanggil 'Pericardium'.Pada manusia normal, disitu memang terdapat sedikit cecair(sangat-sangat sedikit) yang bertindak sebagai pelincir supaya jantung dapat berdegup dengan lancar didalam karung tersebut. Oleh yang demikian mereka yang mengalami lebihan air di pericardium dipanggil sebagai 'pericardial effussion'.

Masalah yang berlaku ialah apabila air yang terkumpul didalam karung jantung pesakit muda ini terlampau banyak, lebih sepuluh kali ganda daripada manusia normal. Maka setelah saya mendapat sedikit sebanyak berkenaan pesakit ini(sekadar untuk tahu betapa kritikalnya kes berkenaan), saya terus menunaikan solat asar, menghidupkan enjin kereta dan terus memecut ke hospital yang jarak antara rumah ke hospital dalam linkungan hanya 5km. Habis semua lampu merah saya langgar,lampu kecemasan dihidupkan dengan harapan supaya kereta lain memberi laluan. Alhamdulillah semua kereta ternyata memberi lalaun, seolah-olah faham akan keadaan saya. Sesampai sahaja di hospital, saya terus berlari ke dewan bedah. Masa dirasakan semakin suntuk, amanah Allah dan juga fator nyawa manusia memaksa saya berlari bersungguh-sungguh, bukan sekadar berlari anak.

Ini kerana jantung, apabila air terlampau banyak terkumpul dalam 'pericardium', jantung seolah-olah kelemasan didalam kolam. Bayangkan kita berenang dikolam atau pun laut, berapa lamakah kita boleh bertahan? Begitu juga dengan jantung, dan komplikasinya sangat besar sehingga pesakit boleh mati...itulah yang bermain didalam fikiran saya sejak menerima panggilan tadi.

Alhamdulillah saya sampai didewan bedah tepat pada waktunya dan kebetulan pesakit baru sahaja ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Situasi memang amat sibuk dengan pakar bius bertungkus lumus memasang 'line' bagi tujuan memasukkan ubatan bius terus ke saluran darah. Dan kami, (pasukan pembedahan) berbincang bagaimanakah cara dan kaedah yang terbaik yang akan diguna pakai untuk melakukan pembedahan berdasarkan laporan hitam putim yangg kami terima. Satu kaedah telah di muktamadkan. Open chest!(belah dada), dan buat pericardial window (satu lubang bersama tiub supaya lebihan cecair yang berada dalam karung jantung boleh keluar).

Setelah pasukan bius siap memasang 'line', kami terpaksa menunggu untuk 5 minit lagi sebelum pesakit dibius(ditidurkan). Ini kerana kami terpaksa menunggu darah 'back up' untuk pesakit ini yang mengambil masa sehingga 5 minit untuk tiba. Pada masa itu pesakit masih sedar lagi. Ketika itulah pesakit berkenaan bersuara dan berkata dengan amat lemah sekali, penuh pengharapan yg amat sangat........
"doktor, saya tak nak meninggal"...............................

Kami semua terkejut. Kami memandang antara satu sama lain. Pakar saya yang mengetuai pembedahan ini lantas berkata.. "jangan risau, insyaALLAH kami akan buat yang terbaik..."

Ok, darah dah sampai! pakar bius lantas memberi isyarat untuk mula membius pesakit. Kami menyuruh supaya pesakit berselawat dan mengucap kalimah syahadah. Maka....setelah pesakit ditidurkan melalui bius, tiba-tiba pakar bius menjeret "WE CANNOT BAGGING THE LUNG"....(maksudnya, paru-paru pesakit tidak boleh kembang akibat daripada ketumbuhan yang menekan saluran pernafasan yang utama. Secara klinikalnya, apabila paru-paru tak kembang, paru-paru tidak boleh menyerap oksigen, dan apabila oksigen tak dapat, otak manusia hanya boleh bertahan selama 4 minit sahaja, lebih daripada itu, sel otak akan mati)



SubhanAllah, pada masa tu, Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya kami..hati saya dah mula terasa tidak sedap dan secara jujurnya hati saya mula menangis..
Dengan sepantas kilat, kami terus memulakan proses membelah dada pesakit berkenaan supaya kami dapat membuka ruang salur pernafasan utama yangg tersekat oleh ketumbuhan yang besar. Semasa proses membelah tu, darah tidak behenti-henti keluar dan memancut kerana kami hanya menggunakan pisau (blade).(biase kami guna pisau elektrik, supaya tissu yang terdapat salur darah halus @ besar yang terpotong dapat dibakar, dan seterusnya memberhentikan pendarahan) kami tidak menggunakan pisau elektrik kerana kami tiada masa. kami cuma ada 4 minit sahaja!

Keadaan pada masa tu amatlah genting, pakar saya bagaikan bersilat gayanya. 3 minit 45 saat kemudian, kami berjaya 'open chest' dan paru-paru pesakit mula kembang dan berfungsi sepertt biasa.. Alhamdulillah.. dari raut wajah semua menunjukan kelegaan walaupun operasi utama pembedahan sebenarnya masih belum berjalan(pericardial window). Maka selesailah satu masalah yang tak terjangka oleh kami semua.

Seterusnya, kami pun memulakan proses membuat 'pericardial window', memasang tiub dan akhir sekali 'close chest'. Pembedahan hanya selesai tepat jam 8.40 malam.

Pesakit kemudiannya ditolak keluar untuk dihantar ke ICU. Semasa dalam perjalanan kesana, sekali lagi ketumbuhan tersebut telah menekan saluran darah yang menyebabkan jantung turut terhenti..Kali ini kami tidak dapat berbuat apa-apa..

Akhirnya pesakit itu pun pergi buat selama-lamanya..Ternyata Allah lebih menyanyanginya..

Esok.. genap seminggu arwah pergi, walaupun saya tidak mengenalinya, tetapi dia tetap pesakit saya..saya telah melatih diri saya untuk mengangap setiap pesakit bagaikan saudara saya agar saya sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka...dan saya masih teringat kata-kata terakhirnya..

"doktor, sy tak nak meninggal"........


'saya' dalam watak diatas merupakan 1st Asistant Surgeon  dari pasukan yang bertugas di Jabatan Pembedahan Jantung dan Paru-paru Hospital Pulau Pinang.

Rencana ini adalah sebahagian rencana yang menyertai untuk diterbitkan dalam buku Inspirasi dan Motivasi untuk Rakyat Malaysia. Jika anda mempunyai cerita-cerita tentang perjuangan rakyat Malaysia, yang memberikan inspirasi kepada orang lain sila emailkan kepada mofibio@gmail.com.

Cerita pendek hendaklah asli. Mengandungi 800-1500 patah perkataan.Terbuka kepada anak muda dalam lingkungan 17-35 tahun. Contoh cerita seperti perjuang kemerdekaan yang ditulis oleh anda sendiri, tentang polis atau pegawai bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan harta/orang awam dan lain-lain lagi.

Rabu, 14 September 2011

SUNNATULLAH


Siapa Menolak Pasti Binasa

Al Qur’an adalah sumber ilmu, dan ilmu Al Qur’an tidak hanya menjangkau masalah Akhirat saja, tapi ia menjangkau masalah dunia Akhirat. Al Qur’an merupakan khazanah bumi dan langit, bagi orang yang mengetahuinya atau bagi orang yang Allah beri ilmu tentangnya. Sangat beruntunglah bagi orang yang Allah beri anugerah tentangnya, karena ilmu Al Qur’an sungguh ajaib. Sebagian besar kandungan Al Qur’an adalah ilmu-ilmu yang tersirat daripada yang tersurat. Kalau yang mentafsir Al Qur’an tidak Allah anugerahkan ilmu, maka ia tidak akan dapat menggali dan menjangkau ilmu-ilmu yang tersirat itu. Dia hanya memahami kulit atau bagian luarnya saja, dan tidak mampu menggali lebih dalam lagi.

Inilah sebenarnya salah satu masalah manusia di zaman ini, banyak orang yang ghiroh atau gairah membaca Al Qur’an, membaca ayat-ayat Al Qur’an dan menterjemahkannya. Akan tetapi hasil dari membaca dan menterjemahkan itu tidak melahirkan ilmu yang sebenarnya. Sehingga orang yang tidak paham hakekat Al Qur’an, seperti orang asing yang bukan Islam atau orang Islam yang belajar Islam tapi sekuler, mereka mempelajari Al Qur’an tetapi tidak mendapatkan ilmu. Padahal Al Qur’an adalah khazanah yang sangat luas, seluas khazanah bumi dan langit.

Sunnatullah adalah salah satu ilmu yang ada di dalam Al Qur’an, yang mudah-mudahan dengan ilmu itu menjadi guide line untuk memperjuangkan Islam, hingga Islam mencapai kejayaan seperti pada kebangkitan yang pertama, yaitu di masa Rasulullah saw dan Sahabat.
Di dalam Al-Qur’an ada 2 ayat dengan 3 kalimat yang terjemahannya seperti berikut :
“… Sekali-kali kamu tidak dapati sunnah Allah itu berubah” (Q.S.Al Ahzab: 33). “… Sekali-sekali engkau tidak akan dapati sunah Allah itu bertukar ganti…” (Q.S.Faathir: 43) “… Sekali-sekali engkau tidak akan dapati sunah Allah itu beralih”(Q.S.Faathir: 43)
Kalau kita perhatikan ketiga kalimat dalam Al Qur’an di atas, lafaz terakhirnya berbeda, akan tetapi terjemahannya sama.

APAKAH SUNNATULLAH ITU ?
Definisi dari sunnatullah adalah “Peraturan atau sistem atau ketentuan Tuhan untuk hamba-Nya di dunia ini, baik hamba-Nya yang bernyawa maupun hamba-Nya yang tidak bernyawa.”
Walaupun Allah berkuasa dan kuasa-Nya tidak dapat dihalang oleh siapapun, akan tetapi karena Allah sudah membuat aturan, maka Allah tidak akan merubah aturan itu sejak azali (sejak awal-awal penciptaan makhluk). Allah sangat disiplin dalam menjaga peraturan, baik untuk makhluk-Nya yang bernyawa maupun makhluk-Nya yang tidak bernyawa. Tuhan Maha Berdisiplin, sehingga apabila sudah menetapkan suatu peraturan maka Tuhan tidak akan merubah peraturan itu. Maka dalam 3 ayat di atas Allah tegaskan bahwa Allah tidak akan merubah sunah Nya. Tidak seperti kita, yang banyak membuat peraturan akan tetapi kita sendiri susah untuk melaksanakannya.

Tuhan perintahkan kepada kita agar kita paham benar bahwa sunah Tuhan tidak akan berubah. Yang mana sunnah Tuhan itu ada yang dapat diketahui oleh manusia, karena bersifat lahirilah dan ada pula yang bersifat tidak dapat diketahui. Misalnya Sunah untuk kayu-kayuan, kita tidak paham, bahwa jika di antara pohon-pohon itu melanggar sunnah, maka pohon-pohon itupun tidak bertahan, akan rusak. Demikian pula pada binatang dan juga para malaikat, mereka ada sunnah tersendiri. Hanya, kalau malaikat taat pada sunnah Allah.
Untuk manusia, Tuhan sudah menetapkan sunnah yang tersendiri yang terdiri dari dua aspek, yang pertama yang disebut Karhan dan yang kedua disebut Tau’an. Firman Allah dalam Al Quran Surat Ar Ra’d Ayat 15 yang artinya : “Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, baik dengan sukarela (tau’an) atau terpaksa (karhan).”

KARHAN
Sunah Karhan ini maksudnya adalah terpaksa, artinya kita terpaksa atau harus ikut sunnah Qarhan ini, walaupun kita setuju dengannya, ataupun tidak. Kalau kita nekat melanggarnya, maka kita akan mendapat masalah. Contohnya, manusia bernafas dengan menggunakan oksigen (O2), akan tetapi bila manusia nekat ingin bernafas dengan air, maka akan binasalah ia. Contoh lain adalah, bila ingin kenyang, maka kita harus makan. Ingin punya anak harus menikah. Sunnah api membakar, dan lain-lain.
Walaupun Allah sudah katakan bahwa sunnah Allah tidak berubah, akan tetapi sesekali Allah buat lain atau pengecualian, sebab Allah bermaksud untuk menyelamatkan aqidah umat. Contonya Nabi Isa as yang lahir tanpa ayah, karena Allah ingin menunjukan kuasa-Nya, bahwa yang menciptakan manusia adalah Allah, bahwa lahirnya seorang manusia atas kehendak Allah Ta’ala. Nabi Ibrahim as selama 40 hari dibakar, tapi api tidak membakar Nabi Ibrahim. Yang sebenarnya adalah Allah ingin menunjukkan, bahwa atas kehendak Allahlah api itu membakar sesuatu. Agar manusia tidak menganggap api itu Tuhan.
Yang termasuk sunnah qarhan juga adalah Tuhan sudah sunnahkan bahwa “berhentilah makan sebelum kenyang”, maka jika kita melanggarnya kita akan sakit. Akan tetapi sunnah ini hanya sedikit saja orang yang paham, hanya ahli-ahli kesehatan saja yang tahu. Akan tetapi banyak kisah-kisah orang sholeh yang makan berbagai jenis makanan tapi sehat, tidak sakit. Allah ingin tunjukan bahwa yang mendatangkan sakit itu Tuhan, bukan makanan atau yang lainnya.

TAU’AN
Sebagian besar umat Islam hari ini hanya paham sunnah yang qarhan saja, yang sunnah itu pun kita tidak mampu merubahnya, karena sudah menjadi ketetapan Allah. Sebenarnya Allah SWT juga sudah menetapkan sunnah yang diperuntukan kepada orang-orang yang bertaqwa, yang disebut sunnah Tau’an. Sunnah Tau’an ini hanya dipahami oleh orang-orang bertaqwa saja, karena ia bersifat maknawi dan rohani.
Akhir-akhir ini negara kita banyak mengalami musibah yang berupa bencana alam, ada tsunami, gempa bumi, banjir, semburan lumpur panas, dan lain-lain. Sebenarnya, Allah tidak akan menimpakan bencana kepada sekumpulan orang di suatu tempat apabila di tempat itu mayoritas orangnya sholeh-sholeh. Bahkan Allah juga tidak akan timpakan bencana seperti perang, yang dengan perang itu banyak orang di daerah itu yang binasa. Allah berfirman dalam Al Qur’an Surat Huud ayat 117 yang maknanya bahwa “Tuhan tidak akan memusnahkan suatu kaum kalau mereka itu orang soleh.”

Bukan saja bencana itu tidak ditimpakan kepada orang-orang sholeh atau orang bertaqwa, akan tetapi Allah akan memberi bantuan (Q.S.Al Jasiyah: 19), membukakan berkat dari pintu langit dan bumi. Firman Allah yang artinya: “Berhak atas Kami menolong orang mukmin” (Q.S.Ar Rum: 47). “Jika penduduk suatu negeri beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi…” (Q.S.Al A’Raf: 96)
Allah SWT juga sudah sunnahkan bahwa Dia akan menganugerahkan rahmat di dunia dan di Akhirat, akan tetapi rahmat di Akhirat lebih besar dari rahmat di dunia.

Rahmat yang Allah anugerahkan di dunia di antaranya adalah, bahwa Allah akan selesaikan seluruh masalah yang dihadapi orang bertaqwa, dan Allah juga akan datangkan rizki yang tidak disangka-sangka. Allah berfirman yang maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup, dan memberi rizki dari sumber yang tidak diketahui… ” (Q.S.At-Thalaq 2-3)
Allah SWT juga akan menganugerahkan rahmat di dunia dengan mendatangkan ilmu sesuai keperluan kita. Firman Allah yang maksudnya: “…Bertaqwalah kepada Allah, niscaya Allah akan mengajar kamu…” (Q.S.Al Baqarah: 282)

Rahmat Allah bagi orang bertaqwa di Akhirat di antaranya adalah, Allah akan anugerahkan Syurga yang seluas langit dan bumi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Dan Allah akan menutupi kesalahannya dan melipatgandakan pahala bagainya. Firman Allah yang artinya: “Akan tetapi orang-orang yang bertaqwa pada Tuhannya, bagi mereka Syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah” (Q.S.Ali Imran: 198). “Barang siapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan melipat gandakan pahala baginya”(Q.S.At-Thalaq:5)
Begitulah sunnah Allah kepada orang yang bertaqwa dan masih banyak lagi ayat-ayat dalam Al Qur’an yang menjelaskan masalah taqwa. Akan tetapi kebanyakan orang di zaman ini menggunakan kekuatan akal untuk menyelesaikan seluruh masalah yang ada, termasuk para ulama. Artinya kalau dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal saja, maka tidak akan wujud taqwa. Akan tetapi bila ada orang yang bertaqwa, maka berlakulah bantuan Tuhan dengan diturunkannya rahmat dan barokah. Oleh karena itu janganlah kita menggunakan akal semata-mata, marilah kita mengajak manusia untuk bertaqwa. Karena akal itu hanya dipergunakan untuk menghujah, yang mendasari taqwa, akan tetapi akal bukanlah rujukan yang sebenarnya, ia hanya sebagai alat saja.

Kita lihat di zaman ini, kebanyakan orang Islam beramai-ramai dengan kekuatan akal, membangun tamadun (peradapan) Islam dengan memcontoh orang barat. Pendidikan yang sekuler, ekonomi dengan kapitalisnya, pemerintahan dengan sistem partainya, kebudayaan atau hiburan yang melalaikan, dan lain-lain. Padahal Islam ada cara tersendiri, yang ia tidak mencontoh barat dan timur. Dalam sejarah Islam tidak pernah kegemilangan Islam itu dengan mencontoh ummat lain apalagi mencontoh cara musuh.
Kita lihat bagaimana Rasulullah saw membangun tamadun yang berbeda dari sistem yang ada, padahal waktu itu Romawi dan Persia sangat maju, seperti Amerika dengan Baratnya dan Uni Soviet ketika masa jayanya. Tapi Rasulullah tidak mencontoh Romawi dan Persia.
Kita lihat juga bagaimana Sultan Muhammad Al Fateh, membangun 335 bangunan anti gempa yang pertama dan yang sangat canggih, dengan insinyurnya yang bernama Mimar Sinan. Tanpa mencontoh bangsa lain, padahal saat itu Barat sudah maju.

Cara Islam adalah cara taqwa. Itulah yang sudah terjadi dan kita saksikan dalam sejarah. Walaupun ummat Islam dalam jumlah sedikit dan fasilitas yang ala kadarnya, akan tetapi bisa menawan dunia.
Kita tengok lagi ke belakang, Rasulullah berperang sebanyak 74 kali, dalam peperangan-peperangan itu satu kali saja umat Islam berperang dalam keadaan jumlah yang banyak. Salahudin Al Ayubi, bangsa Kurdi, bangsa Arab gunung saja, berhasil mengusir orang-orang barat, dengan jumlah dan senjata ala kadarnya. Itu juga yang terjadi pada Sayyidina Umar bin Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al Fateh yang merebut Konstantinopel (Turki), Thariq bin Ziyyad yang menaklukan Eropa lewat Andalusia (Spanyol).

Sejarah sudah membuktikan bahwa dalam kegemilangan Islam selalu ada pemimpin, dan pemimpin itu adalah pemimpin yang bertaqwa. Dari pemimpin yang bertaqwa inilah akan lahir jamaah yang bertaqwa. Dengan adanya pemimpin dan jamaah yang bertaqwa maka Allah akan datangkan berbagai bantuan.
Memang sudah menjadi sunnatullah, bahwa Allah tidak akan serahkan bumi ini kepada umat Islam sebelum ada jamaah yang bertaqwa. Dan sebelum ada kekuatan taqwa, maka bumi ini akan diserahkan kepada orang yang mempunyai kekuatan quwwah (kekuatan lahir). Tapi dengan kekuatan quwwah ini Allah berikan dengan istidraj (di beri dalam keadaan murka). Firman Allah yang maksudnya: “Akan Aku wariskan bumi ini kepada hamba-hamba-Ku yang sholeh (bertaqwa)”. (Al Anbiya: 105)

Contoh lainnya adalah, bagaimana para ahli alam, para pemimipin, anggota masyarakat dengan akalnya menanggapi terjadinya gempa yang menimpa tanah air akhir-akhir ini. Kita saksikan bersama bagaimana mereka memberi penjelasan di media masa tentang gempa misalnya. Bahwa gempa itu terjadi karena lempengan bumi yang patah sehingga terjadi gelombang di permukaan bumi, yang menghancurkan segala yang ia lewati. Dengan patahan itu pula akan menyebabkan adanya gelombang air laut yang disebut tsunami.
Kebanyakan orang hanya membahas sebab-sebab terjadinya bencana, tanpa dikaitkan dengan Tuhan sama sekali. Padahal sudah menjadi sunnatullah bahwa setiap kejadian, Tuhan selalu datangkan sebab-sebabnya. Bukankah “sebab” itu Allah juga yang menciptakan?

Seharusnya kita, terutama para ulama dan pemimpin paham, bahwa bencana itu Allah yang mendatangkan. Kalau kita kaum yang beriman dan bertaqwa, maka Allah tidak akan timpakan bencana itu. Hendaknya kita bertanya kepada ahli dzikir, mengapa Allah murka kepada kita, seperti kata Allah dalam Al Qur’an:
“Bertanyalah engkau bertanya kepada Ahli dzikir jika engkau tidak mengetahui.” (QS An Nahl :43)
Bukan kepada orang pandai atau genius yang kuat akalnya, karena akal juga makhluk yang dhoif, yang ada batasnya. Kalau setiap masalah yang kita hadapi, kita gunakan akal untuk menyelesaikannya, maka kita akan tersesat. Bila akal sudah terpisah dengan Tuhannya, maka akal akan menjadi ‘tuhan’.

Kalau kita melaksanakan sunnah Allah ini, maka Allah akan datangkan bantuan pada kita. Akan tetapi apabila kita masih berbuat jahat menurut ukuran sunah Allah, maka Allah akan azab kita. ***
dipetik dari http://agus-alfaruq.blogspot.com/2008/12/sunnatullah.html