Tekanan, masalah dan penyakit serta segala kerumitan hidup
sentiasa hadir dalam diri setiap manusia. Tenaga negatif ini sentiasa
berlegar-legar didalam ruh ruang masanya selagi wujudnya alam maya ini.
Secara fitrahnya, manusia tidak dapat lari dari menghadapi segala permasalahan yang timbul, penyakit sama ada akut ataupun kronik, tekanan dari sudut keluarga, ekonomi dan sosial serta lain-lain lagi.
Ya, kita memerlukan sedikit tekanan, bagi membantu
memotivasikan kita menjalankan rutin harian kita dan mencapai keinginan kita.
Ini dinamakan tekanan positif. Namun tekanan ini perlu diuruskan dengan baik. Pelbagai
penyakit boleh muncul akibat daripada salah menguruskan setiap tekanan yang
melanda diri seseorang itu. Ini kerana tekanan berhubung kait dengan emosi
kita, yang mana jika kita amati betul-betul, hanya sekitar 30% sahaja hal
berkaitan emosi adalah positif, manakala lebihannya adalah negatif.
Antara penyakit kronik yang hadir akibat salah urus
tekanan ialah penyakit mental,tekanan perasaan malah bunuh diri juga turut
terjadi. Penyakit-penyakit tidak kronik pula seperti pening kepala, debaran
jantung, cirit-birit, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.
Setiap penyakit, tekanan, masalah dan segala kerumitan hidup seharusnya hendaklah dirujuk kepada hukum Pertimbangan Sunnah. Hukum Pertimbangan Sunnah merupakan satu konsep yang mengambil kira pendekatan sebenar Al-Quran, Hadis dan hukum peraturan alam.
Ini kerana, Allah
dengan penuh kasih sayang telahpun mewujudkan satu sistem ‘Sunnahtullah’ dan
‘syariatullah’ bagi mamastikan setiap hidupan dan alam semesta ini berjalan
dengan lancar. Tidak cukup dengan itu, Allah telah menurunkan Nabi Muhammad
s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik dan kitab suci al-Quran sebagai rujukan.
Sunnahtullah ini ada yang dianjurkan secara sukarela, dan
ada juga secara paksa. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah Ar Ra’d ayat
ke 15
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, baik dengan sukarela (tau’an) atau terpaksa (karhan).”
Adakah anda telah menyerahkan diri anda kepada Allah swt? iaitu dengan membuat segala suruhanNya, meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa SYUKUR dan REDHA akan takdir ketentuanNya?
Tekanan adalah satu bentuk tenaga, ianya tidak boleh dimusnahkan, tetapi boleh dialirkan..
Tips menangani tekanan :
1. Istighfar - Ianya boleh memotong tenaga negatif yang berkeliaran, dan membuatkan sel-sel badan bersatu tunduk kepada Allah.
2. Ambil wudhu' atau mandi - Ianya akan membantu mengalir keluar tekanan dan membasuh keluar info-info yang melekat pada rambut dan bulu roma. Kaedah ini juga akan melembabkan dan menyejukan badan lantas menjadikan badan lebih padu, sekaligus mengelak unsur luar (tekanan) masuk.
3. Baca al- Quran - Ayat-ayat Allah ternyata menenangkan hati. Hati yang tenang akan membuatkan fikiran jadi halus, kata-kata jadi harmoni..
4. Solat - Allah suruh kita sabar dan solat, dengan solat kita wudhu' - kita tenang, dengan solat kita baca ayat Allah - kita tenang dan dengan solat kita fokus - maka kita lebih tenang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan