Robert Guilhem adalah seorang pakar genetik dan tokoh Yahudi di Albert Einstein College of Medicine, New York, Amerika Syarikat.
Sebagai
seorang ahli akademik dalam bidang perubatan, Guilhem tertanya-tanya
mengapa Islam mensyariatkan setiap wanita yang diceraikan perlu menunggu
sehingga habis iddah atau tiga kali suci daripada haid atau selama tiga
bulan untuk membolehkan dia berkahwin semula. Hal ini ada disebut dalam
kitab suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 228.
Berbanding
dengan kepercayaannya dan juga gaya hidup masyarakat moden yang
memperlihatkan agak ramai wanita kini tidak setia kepada hanya seorang
lelaki, dia semakin berminat untuk mengkaji hukum yang masih diamalkan
secara patuh oleh umat Islam di seluruh dunia.
Daripada kajiannya yang diterbitkan dalam societyberty.com, Guilhem mendapati, dalam setiap hubungan seks, lelaki akan meninggalkan tanda khusus pada pasangan wanitanya.
Jika pasangan itu tidak bersetubuh dalam tempoh beberapa lama, tanda
itu akan hilang secara perlahan-lahan antara 25 hingga 30 peratus.
Kemudian kata Guilhem lagi, tanda itu akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan pasangan itu tidak melakukan hubungan kelamin.
Selepas tempoh itu dan tanda atau sisik khusus suaminya hilang,
perempuan yang diceraikan itu berada dalam keadaan sedia untuk menerima
tanda daripada lelaki lain pula.
Itulah
yang berlaku. Guilhem kemudian melakukan dengan mencari pembuktian lain
di sebuah penempatan Muslim Afrika di Amerika Syarikat. Dalam
kajiannya, dia mendapati setiap wanita yang telah berkahwin di
perkampungan itu hanya mempunyai satu tanda daripada satu-satunya
pasangan mereka sahaja (bermakna wanita Islam yang berkahwin di sana
cuma pernah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki saja iaitu
suami mereka).
Dia
kemudian menjalankan kajian yang serupa di kawasan penempatan bukan
Islam. Ternyata hasil yang didapati sangat berbeza. Wanita di kawasan
penempatan bukan Islam didapati mempunyai tanda daripada dua hingga tiga
lelaki. Ertinya, mereka menjalin hubungan seks dengan lelaki selain
suami mereka sendiri.
Tidak
cukup dengan itu, pakar berkenaan turut menjalankan kajian yang sama di
rumahnya sendiri - ke atas isterinya sendiri. Malang si Guilhem!!
Penemuan kajian itu walaupun berjaya, amat mengecewakannya. Ini kerana
dia mendapati isterinya mempunyai tanda daripada tiga lelaki. Dan
daripada tiga anaknya, hanya seorang daripada benihnya sendiri.
Usai
kajian yang luar biasa itu, Guilhem akhirnya mendapati bahawa Islam
bukan hanya semata-mata kepercayaan tetapi adalah satu sistem kehidupan
yang mampu menjamin martabat manusia, termasuk wanita untuk sentiasa
menjaga maruah mereka dalam kehidupan sosial.
Dia akhirnya melafazkan syahadah dengan sepenuh-penuh keyakinan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan