Oleh : Fyrol Ikram Othman
Untuk memahami hukum pertimbangan sunnah dalam bidang perubatan, kita seharusnya memahami hukum pertimbangan sunnah dalam kehidupan. Ini bagi memberi satu gambaran yang lebih luas dan memahaminya dengan lebih baik.
Disini saya coretkan beberapa contoh pertimbangan sunnah dari perspektif saya.
Harmoninya Pertimbangan Sunnah
Konsep pertimbangan sunnah yang utama ialah tertib dan harmoni dalam tindakannya. Sunnah ini ternyata gagal dihidupkan yang menyebabkan umat Islam dipandang serong. Seperti yang saya nyatakan konsep ini sebenarnya untuk kehidupan keseluruhannya, oleh itu konsep harmoni dalam pertimbangan sunnah harus dilakukan dalam semua lapangan seperti berdakwah, bersosial, membuat keputusan dan sebagainya.
Contoh Harmoni dalam Pertimbangan Sunnah
1.Memenuhi hak jiran
Islam mengajar kita mengambil berat jiran tetangga kita. Bayangkanlah jika kita memenuhi hak jiran kita sekarang, makan minumnya terjaga, sakit peningnya dijenguk dan pelbagai masaalah dikongsi bersama.
Mungkin masaalah seperti pecah rumah, masaalah kemiskinan yang menyebabkan ada yang terputus bekalan makanan serta terlantar sakit dapat diatasi melalui kaedah ini. Bayangkan betapa harmoninya apabila hak jiran dipenuhi. Islam meletakan jiran yang baik sebagai salah satu syarat kebahagian. Untuk mendapat jiran yang baik, sewajarnya kita terlebih dahulu menjadi jiran yang baik kepada tetangga kita.
Sabda Nabi s.a.w
“Empat perkara yang termasuk kebahagian seseorang : isteri yang solehah, tempat tinggal (rumah) yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”
Riwayat Ibnu Hibban,disahihkan oleh al-Albani
“Demi Allah tidak beriman! Demi Allah tidak beriman! Demi Allah tidak beriman!” Beliaupun ditanya, “ Siapa wahai Rasullullah?” “ Orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya” (Imam al-Bukhari)
“Tidak akan masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya” (Imam Muslim)
2.Kaedah Menegur
Nabi s.a.w dalam sirahnya cukup menjaga hati dan perasaan orang lain, termasuklah dalam menegur seseorang. Inilah yang perlu kita praktikan dalam kehidupan seharian kita agar orang lain lebih dekat kepada islam, dan bukan sebaliknya. Walaupun seseorang itu tidak menutup aurat, tidak solat, melakukan kesalahan dalam agama dan sebagainya, selain menegur, apa yang penting ialah menjaga air muka seseorang itu, kaedah menegur perlu harmoni apatah lagi jika dikhalayak ramai. Islam melarang sama sekali mengaibkan orang lain.
Antara kaedah yang digunakan Nabi s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.
Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti “kenapakah kaum itu melakkan iti...dan itu?”
3.Hak Pekerja
Islam mengajar kita untuk membayar upah pekerja sebelum kering peluhnya.
"Tiga orang yang aku musuhi pada hari kiamat nanti, adalah orang yang telah memberikan kerana aku, lalu berkhianat, orang yang membeli barang pilihan lalu ia makan berlebihan harganya, serta orang yang mengambil pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan pekerjaannya sedangkan upahnya tidak diberikan."
(HR. Imam Bukhari).
Bayangkan betapa harmoninya jika semua majikan mengambil ini sebagai satu tuntutan agama dan undang-undang syarikat. Disebabkan kita sekarang mengamalkan gaji bulanan, sepatutnya semua majikan membayar gaji setiap pekerjanya tepat pada waktunya, tetapi ini tidak berlaku sehinggakan ada pekerja yang meracau dalam laman sosial kerana gajinya masih tidak dibayar.
Rasulullah SAW bersabda :
"Tiga orang yang aku musuhi pada hari kiamat nanti, adalah orang yang telah memberikan kerana aku, lalu berkhianat, orang yang membeli barang pilihan lalu ia makan berlebihan harganya, serta orang yang mengambil pekerja kemudian pekerja tersebut menunaikan pekerjaannya sedangkan upahnya tidak diberikan."
(HR. Imam Bukhari).
Bayangkan betapa harmoninya jika semua majikan mengambil ini sebagai satu tuntutan agama dan undang-undang syarikat. Disebabkan kita sekarang mengamalkan gaji bulanan, sepatutnya semua majikan membayar gaji setiap pekerjanya tepat pada waktunya, tetapi ini tidak berlaku sehinggakan ada pekerja yang meracau dalam laman sosial kerana gajinya masih tidak dibayar.
Masakan tidak, setiap sen gaji itu sebenarnya telahpun menjadi milik orang lain iaitu untuk membayar rumah,kereta dan lain-lain. Selain itu seseorang pekerja itu juga mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak-anak yang perlu diberi nafkah. Oleh itu setiap majikan perlulah memahami semua ini.
Sabda Nabi s.a.w :
"....Barangsiapa yang mempekerjakan saudaranya, maka hendaklah ia memberinya makan dari makanan yang dimakannya, mengenakannya pakaian dari pakaian yang dikenakannya dan janganlah kaliian membebani mereka di luar kemampuan mereka; bila kalian membebani mereka, maka bantulah mereka." (HR.al-Bukhari)
4.Etika berperang didalam Islam – Islam telahpun mempunyai etika berperangnya jauh lebih awal dari konvensyen Geneva. Malah keadaan begitu harmoni semasa Nabi s.a.w memasuki kota Makkah, Saidina Umar, Salaehudin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh memasuki al-Aqsa. Ianya sungguh harmoni tanpa pertumpahan darah. Malah Salahudin al-Ayubi pernah menghantar doktor terbaik yang ada untuk mengubati Raja Richard apabila mengetahui baginda sakit ketika dalam peperangan salib.
Firman Allah s.w.t :
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” - Al-Baqarah- 190.
Contoh lain pertimbangan Sunnah - Kita sering kali berjumpa dengan orang yang dikategorikan sebagai pondan atau bapok. Biasanya setiap orang memaki hamun didalam hatinya dan mengutuk si bapok tersebut. "Anak siapalah ini, dasar keturunan kaum Luth" dan sebagainya. Tetapi dalam pertimbangan Sunnah sebaliknya kita mendoakan si bapok tersebut agar kembali kepangkal jalan, selain berdoa agar keturunan kita tidak menjadi seperti itu.
Nabi s.a.w bersabda :
At-Tufail serta sahabatnya menemui Rasulullah SAW dan mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kaum Daus telah kufur dan menentang, maka berdoalah kepada Allah supaya mereka susah. (Dikatakan): Celakalah
Daus.
Daus.
Rasulullah SAW pun berdoa: Ya Allah, berikan petunjuk kepada kaum Daus dan bawalah aku kepada mereka. ( Riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a ).
Lihat bagaimana Nabi s.a.w meminta 'petunjuk' iaitu hidayah kepada kaum yang kufur, jadi tentulah menjadi sunnah kepada kita memohon agar Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka yang 'lari' dari Islam berbanding mencerca mereka.
Begitu jugalah ketika dijalan raya, semasa kita sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta yang memandu dengan begitu laju dan memotong rapat dari sebelah kiri, ini memaksa kita menekan sedikit brek. Biasanya orang akan memaki hamun pemandu tersebut dan menekan hon dengan kuat. Dalam konsep Pertimbaangan Sunnah, kita perlu beristigfar kerana mungkin ada dosa yang kita lakukan, kemudian bersyukur kerana kita masih selamat dan kita berdoa kepada Allah agar pemandu tersebut yang mungkin ada urusan penting(bersangka baik) diselamatkan Allah sepanjang pemanduaannya.
Ini semua bukan sahaja berkisar tentang agama semata-mata, tetapi hukum fizik(gelombang) ruang dan masa. Bayangkan jika kita telah memulakan pagi kita dengan memaki hamun orang lain hanya kerana orang itu tersangkut di lorong smart tag, sekaligus mengganggu kelancaran trafik. Gelombang yang terhasil dari makian itu akan merosakan terus 'mood' kita pada hari itu, dan jika gelombang tersebut tidak disekat, dan tenaganya tidak diubah, ianya akan menyebabkan kemudaratan pada kita nanti.
Ini kerana gelombang yang dihasilkan dari gema hati adalah lebih dasyat kelajuan dan kesanya dari yang dihasilkan oleh mulut yang kita boleh dengari. Oleh itu janganlah kita memaki hamun atau mengata sesuatu yang tidak baik apatah lagi didalam hati, kerana kelak binasa diri. Gunakanlah bahasa yang baik-baik, kerana itulah pertimbangan sunnah.
Senarai diatas merupakan sedikit gambaran tentang amalan kehidupan kita yang bersemikan pertimbangan sunnah. Namun gambaran ini akan membuka idea yang lebih luas dalam memahami dan seterusnya mengamalkan konsep pertimbangan sunnah dalam kehidupan.
Islam ialah ad deen..ataupun lebih difahami sebagai satu cara hidup, mengambil Islam sepenuhnya ternyata satu keputusan yang bijak, kerana ianya mudah dan selamat didunia dan akhirat. Seperti yang dijelaskan dalam episod lepas, sunnah jika dituruti pasti hidup diberketi, jika menolak pasti binasa, cuma kita peka atau tidak tentang kesannya.
Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HRMalik bin Anas dalam al-Muwattha' - no: 1619)
Bersambung...




Tiada ulasan:
Catat Ulasan