Oleh : Fyrol Ikram Othman
Perubatan dalam pertimbangan sunnah jarang disebutkan orang. Malah pemahamannya bolehlah dikatakan baru. Pertimbangan sunnah secara umumnya adalah satu kaedah perkiraan (kira-kira), pertimbangan atau satu keputusan yang diambil dengan mengambil kira semua aspek yang meliputi ‘sunnah’ iaitu al-quran, hadis nabi Muhammad s.a.w, sunnah sahabat, pendapat ulama’ dan juga sunnahtullah atau sunnah alam (kesemulajadian).
Apakah bezanya denga prinsip perubatan yang lain, adalah satu persoalan yang perlu dirungkaikan supaya pemahaman tentang pertimbangan sunnah ini dapat memberi manfaat yang lebih luas, bukan sahaja dari sudut kesihatan, tetapi juga dari semua sudut kehidupan sesuai dengan Islam sebagai ad-diin iaitu Islam sebagai satu cara hidup.
Secara umumnya sunnatullah itu adalah peraturan atau sistem atau ketentuan Allah untuk hambaNya didunia ini.
Firman Allah s.w.t
“ sekali-kali kamu tidak mendapati sunah Allah itu berubah” al-Ahzab : 33
Segala peraturan dunia ini,seperti pergerakan dan perjalanan sistem suria, bumi dan sebagainya adalah dibawah pengetahuan dan keizinan Allah s.w.t
Semuanya berjalan dengan lancar. Bumi tidak akan terkeluar sedkitpun dari orbitnya. Sebarang perubahan (melanggar sunnah) akan menimbulakan bencana. Contohnya apabila tangan dimasukan kedalam api,nescaya melecurlah tangan tersebut jika tidak hangus terbakar.
Begitu juga oksigen sebagai gas yang disedut untuk bernafas, jika ditukar dengan gas lain seperti hidrogen, nescaya matilah manusia.
Tiada satupun perkara yang selamat jika melanggar sunnah Allah ini. Dan sesungguhnya tiada satupun yang melanggarnya, melainkan Allah berkehendakkan demikian.
Firman Allah :
“Kami katakan, wahai api sejukanlah dirimu dan sejahterakan ke atas Nabi Ibrahim” al-Ambiya :69
Tujuan Allah mengarahkan api supaya sejuk ialah untuk menunjukkan kuasa Allah s.w.t bahawa setiap sesuatu itu boleh berlaku dengan kemahuannya. Nasib baiklah Allah hanya berfirman terhadap Ibrahim, jika tidak tentulah si api akan kekal sejuk hingga kini.
Walau bagaimanapun sunnah ini sekurang-kurangnya terbahagi kepada dua, iaitu yang wajib dipatuhi dan sunat. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah ar-Ra’d.
Firman Allah.
“Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, baik dengan sukarela (tau’an) atau terpaksa (karhan) ar-Ra’d :15
Maknanya disini, sesiapa yang melanggar arahan Allah iaitu tidak membuat apa yang disuruhnya dan membuat apa yang dilarangnya maka makhluk itu akan mendapat kebinasaan didunia dan akhirat seperti sakit,rosak atau musnah sama sekali.
Maksudnya ada sunnah yang (karhan) yang manusia perlu turuti sama ada suka atau tidak suka. Api sunahnya panas dan membakar. Apabila api sengaja diletakkan pada jerami, maka terbakarlah jerami itu.
Batu sunahnya keras. Jika kepala sengaja dihantukkan kepada batu, maka pecahlah yang kurang keras, jika kepala kurang keras, maka pecahlah kepala,jika batu yang kurang keras, maka pecahlah batu.
Begitu juga dengan air, sifatnya lembut. Seseorang akan tenggelam jika cuba berjalan diatas air dengan hanya menggunakan kakinya sahaja.
Seperti mana Allah boleh mengarahkan api bertukar sifatnya (melanggar sunnah) begitu jugalah Allah boleh mengarahkan segala bencana alam, letusan gunung berapi, gempa bumi, sel badan yang berganda tanpa had yang membentuk kanser dan sebagainya, kerana Allah telahpun memberikan banyak amaran, dan Allah boleh melakukan apa sahaja seperti mana firman Nya dalam surah Yaasin ayat 82 “ Jadilah, maka jadilah ia”.
Firman Allah:
“Dan tattala datang perintah Kami yang memerintahkan supaya mereka dibinasakan (Kami selamatkanSuaib dan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beriman dengan dia sebagai rahmat dari Kami dan orang-orang zalim dibinasakan oleh satu suara yang dasyat (teriakan) lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di tempat tinggalnya) mereka mati dalam keadaan bersimpuh - Hud : 94
(Maka mereka mendustakan Syuaib, lalu mereka ditimpa gempa yang dasyat) gempa yang sangat kuat goncangannya (dan jadilah mereka mayat-mayat yang berlimpangan dirumah-rumah mereka) yakni mereka mati dalam keadaan terduduk diatas lutut mereka di tempat tinggal masing-masing.
Begitu juga halnya dengan nasihat Nabi s.aw agar hanya makan apabila lapar, dan berhenti apabila kenyang. Bagi mereka yang memahami perkara ini, tentunya akan patuh dengan penuh berdisiplin kerana ternyata perut yang kekenyangan adalah pencetus penyakit fizikal dan rohani.
Segala suruhan Allah didalam al-Quran adalah sunnah karhan, segala larangan Allah adalah sunnah karhan. Melanggar atau tidak patuh kepada sunnah Allah adalah satu tindakan yang menempah kepada bencana.
Segala suruhan Allah didalam al-Quran adalah sunnah karhan, segala larangan Allah adalah sunnah karhan. Melanggar atau tidak patuh kepada sunnah Allah adalah satu tindakan yang menempah kepada bencana.
Sifat sunah yang kedua ialah tau’an. Iaitu satu sunah yang sukarela dilakukan oleh manusia. Sunah ini biasanya diambil dari sunnah Nabi s.a.w dan amalan-amalan sunat. Contohnya pemakaiaan serban bagi lelaki. Ini bukanlah satu kewajipan, tetapi pemakaiaannya mempunyai pelbagai hikmah. Antaranya melindungi kepala dari matahari, melindungi rambut dari memerangkap glombang-gelombang negatif dan melindungi otak dari kekeringan. Ini hanya sekadar beberapa hikmah, banyak lagi hikmah yang belum terkaji.
Walau bagaimanapun jelasnya disini, hikmahnya bukan sekadar pahala diakhirat, tetapi juga didunia terutamanya dari sudut kesihatan dan keberkatan hidup.Firman Allah :
“Jika penduduk sesuatu negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi” al-A’raf :96
Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukan mereka syurga-syurga yang penuh nikmat
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakan (menjalankanperintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka (al-Quran) nescaya mereka akan makan rezeki (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi) – al-Maidah : 65-66
Kata kuncinya disini ialah ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Seorang hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t akan tetap membuat perkara yang dibuat oleh Nabi s.a.w walaupun ianya sekadar perkara sunat.
Setelah kita memahami sedikt sebanyak berkenaan sunnah dan pertimbangan sunnah, kita juga harus menyedari yang kaedah pertimbangan sunnah melihat sesuatu itu dengan menyeluruh, dan tidak mengambil sedikit-sedikit, supaya kesannya dapat dirasakan secara optimum.
Pertimbangan sunnah melihat keseluruhan kehidupan junjungan besar nabi s.a.w itu sebagai panduan yang sangat bermanfaat berbanding mengambil sedikit-sedikit sesuatu sunnah. Pertimbangan sunnah mementingkan kehidupan yang harmoni dan penuh tertib serta beradab, bukannya beradat semata-mata sehingga sanggup meninggalkan hukum Islam.
Melalui penulisan ini, penulis akan merungkaikan kaitan penyakit dan hubnungannya dengan kehidupan lebih-lebih lagi apabila 'melanggar sunnah' dan penulis juga akan membawa pembaca mengenali dan memahami erti pertimbangan sunnah dalam bidang perubatan.
Bersambung...






Tiada ulasan:
Catat Ulasan