Ahad, 9 Oktober 2011

Prinsip perubatan dalam hukum pertimbangan Sunnah.


Oleh : Fyrol Ikram Othman 

Dunia perubatan kini terlalu bergantung kepada perubatan alopathi@hospital yang dianggap sebagai perubatan moden. Perubatan ini dianggap sebagai kaedah perubatan yang terbaik, terunggul dan banyak merawat dan mengubat pelbagai jenis penyakit yang wujud didunia ini. Pelbagai penyakit kronik, akut,kes-kes kecemasan berjaya diatasi dengan kaedah perubatan ini. Setiap kejayaan dicatit dengan teliti, diwar-warkan, dibincang dan dibahaskan oleh ‘ahli’ mereka dalam konferen-konferen yang diadakan saban tahun.

Perubatan ‘moden’ ini penuh dengan kajian saintifik, sebarang andaian tentang penggunaan kaedah lain tidak akan dipandang jika tiada bukti yang dapat mengesahkannya, jika ada, kajian tersebut perlu pula melepasi kajian klinikal yang ketat. Para pengamal perubatan ini dianggap sebagai satu-satunya orang yang paling layak dalam membicarakan soal perubatan.

Namun, dalam kehebatan kajian dan kaedah pengubatan mereka yang sering dianggap cepat dalam melegakan, hebat dalam dewan bedah, dan penyelamat dalam jabatan kecemasan, mereka seoalah-olah lupa dengan senarai penyakit baru yang muncul dihospital tempat mereka merawat, tanpa penyakit-penyakit lama tidak pula susut.

Mereka seakan lupa, bahawa penat lelah mereka tidak pernah behenti, setiap hari hospital mereka pasti dikunjungi oleh pesakit, sama ada pesakit baru atau berulang. Fenomena negatif ini, saya sifatkan kerana meninggalkan sunnah.

Secara jujurnya, perkara yang paling saya takuti akibat dari ketaksuban masyarakat kepada perubatan alopathi bukanlah munculnya pelbagai penyakit baru yang dasyat dan sukar dirawat, tetapi apa yang paling ditakuti ialah jauhnya masyarakat dengan Allah s.w.t kerana hilangnya kebergantungan dan keyakinan kepada Allah, sebaliknya kebergantungan dan keyakinan itu beralih kepada para doktor.

Perubatan dalam hukum pertimbangan sunnah tidak meletakan mana-mana bidang perubatan sebagai keutamaan atau satu-satunya yang terbaik termasuklah Ru’yah. Ini berdasarkan hadis nabi yang menyuruh berubat dengan kaedah lain untuk penyakit-penyakit tertentu, walaupun pada hakikatnya Nabi sendiri mengamalkan Ru’yah untuk penyakit-penyakit tertentu pula. Malah nabi juga bersabda yang setiap penyakit itu diturunkan beserta dengan penawarnya,jika kena pada penawarnya, maka sembuhlah penyakit itu.

Oleh yang demikian, jika sesuatu perubatan itu mematuhi prinsip asas hukum perubatan sunnah, maka ianya diterima dan boleh diamalkan oleh umat Islam. Prinsi asas hukum pertimbangan sunnah dalam bidang perubatan ialah :

  1.    Keyakinan Penyakit itu datang dan sembuh dengan izin, dan kehendak Allah s.w.t. Kaedah perubatan hendaklah tidak mensyirikkan Allah s.wt. Perawat dan pesakit perlu memahami bahawa mereka hanya berusaha, tetapi penyembuh sebenar adalah Allah s.w.t
  2.  Kaedah dan bahan ubatan hendaklah mengikut syariat, halal dan bersih. Sekiranya   darurat, hendaklah dinilai oleh dua orang pakar muslim yang beriman.
  3.  Kaedah perubatan hendaklah penuh tertib dan harmoni.
  4.   Bahan perubatan seboleh-bolehnya bersifat alami dan paling sedikit kemudaratannya  kepada pesakit dan perawat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan