Selasa, 18 Januari 2011

Vaksin

Vaksin merupakan salah satu cara perubatan moden yang digunakan sebagai rawatan pencegahan awal. Antara saintis yang terawal menemui vaksin ialah Edward Jenner yang menemui vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit small pox manakala Louis Pasteur pula mencipta vaksin terhadap penyakit rabies.

Tujuan utama penggunaan vaksin ialah untuk mengaktifkan sistem immuniti tubuh. Ianya akan mengaktifkan sel darah putih (B cell dan T cell) untuk bertindak. Selain daripada itu vaksin akan mencipta sel-sel memori dalam sistem pertahanan tubuh. Jesteru itu pendedahan kepada agen penyakit yang sama akan merangsangkan
tindak balas yang segera.

Terdapat dua jenis imunisasi :
1. Imunisasi pasif – ini dilakukan dengan menyuntik immunoglobulin kepada pesakit yang sudah mengalami penyakit.

2. Imunisasi aktif – melibatkan suntikan suntikan patogen yang diubahsuai atau dibersihkan ataupun produk daripada patogen tersebut.

Vaksin boleh dihasilkan melalui beberapa cara:

1. Organisma yang mati : sebagai contohnya vaksin untuk virus influenza
2. Organisma yang hidup tetapi dilemahkan : contohnya vaksin untuk kuman measles, mumps dan rubella (MMR)
3. Bahagian tertetentu daripada organisma ataupun produknya : contohya vaksin untuk tetanus.
4. Secara syntetik

Kemungkinan vaksin boleh menjadi najis ialah berpandukan kepada sumber yang diambil untuk semasa penyediaanya. Contoh penggunaan vaksin daripada sumber najis ialah apa yang pernah berlaku di negara kita iaitu suntikan yang dikenakan kepada jemaah haji. Di mana jemaah haji diberikan 2 suntikan iaitu suntikan vaksinanti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent dan influenza (flu).

Tujuan utama diberi suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent ialah untuk mencegah jangkitan kuman Neisserria Meningitis yang boleh menyebabkan penyakit meningitis (infeksi pada selaput otak). Penyakit ini boleh membawa ajal.
Perbincangan sama ada boleh atau tidak mengenai penggunaan vaksin ini menjadi perbahasan hangat dikalangan ulama. Ini kerana ada yang berpendapat ianya tidak najis kerana telah berlaku istihlah (transformasi). Pada musim haji 1422 hijriah, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof. Dr. Musa Mohd Nordin mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin ACYW 135 boleh digunakan kerana telah melalui proses transformasi yang menjadikannya bahan lain. 

Manakala pada musim haji tahun yang berikutnya Menteri Kesihatan Dr. Chua Jui Meng mengumumkan bahawa jemaah haji boleh memilih samada untuk menggunakan vaksin ACYW 135 yang bernama menomune yang dihasilkan daripada khinzir atau pun mercevax yang dihasilkan dengan bahan yang bebas daripada unsur khinzir.


*Pandangan Saya

Pengamal perubatan alternatif ataupun komplementeri biasanya menolak penggunaan vaksin. Antara yang jelas menolak ialah perubatan homeopathy, perubatan elotronik dan RTE sendiri.


Mengapa RTE menolak penggunaan Vaksin?
  1. Ianya tidak termasuk dalam kaedah yang diamalkan oleh Nabi s.aw. (tidak mengikut pertimbangan sunnah)
  2. Sumber vaksin yang diragui.(dari bahan yang haram)
  3. Vaksin diperbuat dari sumber yang kotor dan merbahaya.
  4. Kesan buruk untuk jangka panjang dari segi sakhsiah peribadi indivudi pada masa depan dan penyakit yang mungkin dihadapi kesan dari vaksin tersebut.
  5. Tidak semulajadi
RTE percaya bahawa sekiranya pun Vaksin banyak membantu mencegah pelbagai jenis penyakit yang boleh membawa maut dan kecacatan, tetapi ada hikmah  tersembunyi disebalik mengapa Nabi s.a.w tidak menggunakan kaedah seperti tersebut, atau yang hampir seperti tersebut.

Hikmahnya mungkin tidak terkaji dan terfikir oleh generasi sekarang, tetapi pasti akan dijumpai oleh generasi akan datang melaului kajian berterusan.


Memasukkan mikrob yang dilemahkan dengan kaedah yang kotor, merbahaya dan diragui adalah sangat tidak sesuai dengan pertimbangan sunnah.Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w


نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ

(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)

Menolak vaksin juga adalah salah satu mencegah lebih baik dari mengubati,kerana kesan jangka pajang vaksin yang dipercayai turut merbahaya. RTE sangat percaya tentang penawar secara semulajadi berada didalam tubuh badan manusia dan ianya boleh dirangsang secara harmoni, dan bukannya secara paksa yang boleh memudaratkan.

Menjadi satu kebiasaan sekarang apabila klinik alopathy menawarkan pelbagai jenis vaksin secara peribadi untuk mereka yang mampu. Vaksin-vaksin ini biasanya tidak termasuk dalam program vakin kebangsaan. Keluarga yang berkunjung ke klinik-klinik swasta tersebut diatut-takutkan dengan penyakit yang bakal dihadapi oleh anak mereka sekiranya tidak mengambil vaksin tambahan yang ditawarkan oleh klinik mereka.

Jelas disini, vaksin kini disalahgunakan bagi mengaut keuntungan dengan menakut-nakutkan orang awam tentang penyakit yang sebenarnya dibawah pengetauhan Allah s.w.t. Walhal jutaan bayi yang lahir sihat diseluruh dunia tanpa mengambil sebarang vaksinpun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan