Isnin, 17 Januari 2011

Konsep Rawatan RTE


Setelah saya mempelajari, mengamalkan dan merawat pesakit menggunakan kaedah RTE, saya mendapati bahawa  konsep perawatan RTE adalah seperti berikut;

1.  Perubatan Moden
2.       Kaedah dan Rawatan terkini
3.       Kaedah Semulajadi
4.       Mementingkan keseimbangan alam
5.       Penyembuhan semulajadi
6.       Mengutamakan konsep pertimbangan sunnah
7.      Holistik
8.       Harmoni

RTE adalah singkatan kepada Revolusi Teknologi Energy. Iaitu satu kaedah perubatan moden yang mengkaji aspek tenaga. Ini kerana, RTE percaya penyakit adalah satu bentuk tenaga. Prinsip atau hukum tenaga menyatakan bahawa, tenaga berada dimana-mana, ianya tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, malah tenaga boleh ditukarkan kepada bentuk yang lain, dengan kata lain tenaga boleh dialihkan ke ruang atau tempoh hayatnya kepada keadaan realiti serta selamat.

RTE percaya bahawa tenaga ini (penyakit) adalah zat/jisim ciptaan Allah yang mempunyai hikmah, manfaat atau kebaikan kepada setiap makhluknya.

Melaului kaedah RTE, setiap pesakit akan didiagnosa melalui kaedah ujian otot tangan. Ujian ini adalah satu ujian yang sangat tepat, pantas dan menjimatkan.

Oleh yang demikian, rawatan RTE akan terus mensasarkan punca penyakit tanpa memberi tekanan dan memusnahkan penyakit tersebut. Ini secara tidak langsung menyelamatkan sel,tisu,organ dan system badan dari tekanan kimia beracun, dadah dan pancaran x-ray.

Dengan hanya kemam dimulut, Formula yang dihasilkan oleh RTE akan sampai ke sasaran sel dan merangsang penawar semula jadi tubuh.

RTE dalam usahanya memastikan kejayaan kaedah rawatanya turut mementingkan keseimbangan alam. Ini adalah kerana, apa yang ada pada alam turut berada pada tubuh diri manusia. Tidak seimbangnya alam, maka binasalah manusia.

Justeru itu, RTE turut mengambil kira aspek lain seperti warna, suhu,kedudukan, arus angin, turun naiknya matahari dan lain-lain.

Dalam memastikan kaedah dan keberkatan rawatannya, konsep pertimbangan sunnah menjadi asas penting kepada perawatan RTE. Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t

“Demi sesungguhnya, adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (sama ada di waktu susah mahu pun senang).” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Asas pertimbangan sunnah diletakkan agar kejayaan dalam rawatan dengan kaedah paling selamat, berkesan dan harmoni dapat diwujudkan.

RTE menolak sebarang konsep rawatan yang lari dari pertimbangan sunnah dan amat yakin bahawa sesuatu yang ditolak oleh Nabi s.a.w ada hikmah disebaliknya yang mungkin tidak terfikir oleh manusia pada waktu ini, tetapi dijumpai oleh manusia pada waktu yang lain.

Rawatan RTE juga adalah bersifat holistik. Ianya bukan sahaja merawat fizikal, tetapi mental dan akhlak pesakit. Tujuan  RTE adalah untuk membawa pesakit memahami faktor sebenar penyakit dan bagaimana sifat sebenar sebagai seorang yang diuji dengan dugaan penyakit.

Akhir sekali konsep rawatan RTE akhirnya menuju kearah keharmonian. Formula yang diambil oleh pesakit bekerja secara harmoni tanpa memberikan kesan sampingan kepada pesakit. Psikologi pesakit kembali menjadi tenang dan akhirnya pesakit mampu merawat dirinya sendiri dengan kaedah ini.
*setiap satu konsep perawatan akan diulas dengan lebih terperinci dengan tajuk-tajuk yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan