Ubat-ubatan moden yang berlambak dipasaran yang merupakan satu kumpulan racun yang boleh memberikan kesan akut (kesan keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan pengambilannya tidak dipatuhi.
Statistik keracunan Malaysia dari 1988-1991 menunjukan sejumlah 1745 kes dilaporkan. Ubat-ubat yang sering dilaporkan mengakibatkan keracunan ialah ubat antidpresi,analgesik,ubat selsema(antihistamin), ubat tidur yang mengandungi barbiturat,ubat sakit jantung, ubat penenang, ubat batuk yang mengandungi narkotik dan ubat penambah mineral seperti zat besi.
Ubat Antidepresi
Ubat ini digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah gangguan tinglah laku, seperti bermuram,cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-duanya iaitu kaunseling dan ubat. Ubat yang biasa digunakan ialah antidepresi trisiklik seperti imipramin.
Keracunan akibat lebihan pengambilan trisiklik (melebihi 500mg) ialah gangguna pada sistem jantung dan saraf. Ini kemudian mewujudkan gejala seperti suhu badan menurun, penglihatan kabur, tekanan darah menurun,sawan, pernafasan tertekan dan gangguan degupan jantung serta koma.
Tiada rawatan untuk ini kecuali memaksa pesakit memuntahkannya kembali dengan menggunakan Sirup Ipecac dan lain-lain kaedah yang wajar.
Ubat Analgesik
Kumpulan ubat jenis ini digunakan untuk menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi dan sebagainya. Ubat analgesik hanya mengurangkan rasa kesakitan secara sementara, apabila rasa sakit kembali, pesakit cenderung untuk mengambil lagi dengan menambah jumlah dos atau memakan dengan kerap sehingga menghasilkan keracunan.
Terdapat dua jenis ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenid narkotik adalah dadah terkawal sepertik petidine dan morfin. Manakala jenis bukan narkotik seperti paracetamol dan aspirin.
Jenis narkotik biasanya dikawal dosnya oleh doktor dan tidak mudah didapati, tetapi jenis bukan narkotik adalah tidak terkawal, mudah didapati dimana-mana sahaja farmasi malah kedai runcit sekalipun. Ini menyebabkan ianya tidak terkawal dan pesakit cenderung menyalah gunakannya sehingga menimbulkan keracunan.
Paracetamal-Panadol
Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metaboit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim, glutation di hati untuk menjadi bentuk normal. Apabila ubat ini diambil secara berlebihan, jumlah enzim glutation yang terhad menyebabkan metaboit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metaboit tadi bergabung dengan sel hati musnah. Selain hati, buah pinggang juga akan rosak dengan mekanisma yang sama.
Aspirin
Biasanya digunakan untuk meredakan kesakitan, menurunkan suhu ketika demam, mengurangkan kesakitan atritis dan mencairkan darah.
Biasanya diambil 1g dengan 4 biji maksimum sehari. Kepada kanak-kanak aspirin boleh menyebabkan penyakit Reye, kepada orang dewasa pula muntah dan loya adalah antara kesan sampingan pengambilannya.
Aspirin boleh menyebabkan pendarahan diperut, gusi malah juga otak!
Pengambilan berlebihan aspirin akan menjadi racun kepada tubuh, tanda-tanda awalnya ialah loya, berpeluh, suhu meningkat, lesu dan akhirnya pesakit tidak sedarkan diri dan boleh membawa maut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan