Kaedah rawatan yang ditawarkan selamat,cepat berkesan dan murah.
“Masalah, penyakit, tekanan dan pelbagai lagi kerumitan hidup sentiasa berlegar-legar tenaga hayatnya selagi wujudnya alam maya ini. Manusia tidak dapat lari dari tekanan hidup seterusnya penyakit akut, serius mahupun membawa kepada maut. Begitu jugalah kehidupan organisasi sel yang sentiasa tercemar atau terdedah kepada virus hingga membawa kepada kemusnahan.
Revolusi Teknologi Energi /RTE berhasrat memupuk dan mendidik masyarakat dalam pengamalan pengubatan sendiri dengan kaedah misteri dalam revolusi tenaga hayat semulajadi dalam “pertimbangan sunnah” agar lebih peka dan berilmiah dengan cara bertertib mengikut peraturan alam yang telah disusun sangat rapi oleh Maha Pencipta.”
” Setiap kejadian Allah semuanya memberikan manfaat kepada manusia makhlukNya dalam apa jua bentuk masa dan keadaannya. Oleh kerana setiap kewujudan adalah di dalam bentuk jisim(benda), maka setiap jisim juga mempunyai tenaga kerohaniannya sendiri….”
“Penyakit juga mempunyai gelombang tekanan, tahap dan juga masa serta kuasa kelemahannya. Kajian rawatan RTE telah merangka satu kajian tentang metodologi satu keajaiban kuasa penyembuhan dalam keheningan pertimbangan sunnah.
RTE telah menghasilkan formula berbentuk sukros yang telah dipertenagakan mengikut teknik memerangkap tenaga kaedah getaran energi misteri dalam medium frekuensinya dan tahap keperluan energi kepada sistem kelenjar untuk merangsang dan sebagai input semula kerja-kerja enzim sebagai pemangkin berbagai jenis asid amino dan nutrisi semulajadi yang menjadi keperluan kepada sel-sel yang telah mengalami gangguan atau ketidakseimbangannya.
Segala macam bentuk penawar secara semulajadi sebenarnya telah sedia ada di dalam organ hati kita untuk menyelaraskan keadaan ini.
“RTE memegang teguh kepada prinsip yang menyatakan penyakit itu tidak berpunca dari satu sudut sahaja, malah ianya berkait rapat dengan apa yang kita lihat, dengar, rasa, sentuh dan bau. Istilahnya ialah kepentingan dalam menjaga etika, adab dan tertib kepentingan sunnah didahulukan demi untuk menjaga kesihatan roh, semangat, fizikal, jasad dan seumpamanya. Begitulah yang diajarkan oleh Islam yang dicontohkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan