Apabila Prof Dr Jaffry Hassan diminta mengajar di FSHE-OIUCM, beliau memilih untuk mengubah suai ilmu perubatan energy dengan membawa konsep pertimbangan sunnah. Ini kerana pertimbagan sunnah adalah satu konsep holistik dan matlamat akhirnya adalah untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t dan kearah keharmonian.
Pertimbangan Sunnah adalah satu kaedah yang mengambil kira al-Quran, Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, Ulama dan Alam semulajadi.
Apa bezanya ia dengan ajaran islam yang lain? Sebenarnya tiada bezanya, tetapi kami mengetengahkan pendekatan Islam yang harmoni, yang memang ditekankan tetapi kini tidak lagi atau jarang diamalkan sehingga menyebabkan Islam dipandang serong dan kekuatan Islam tidak dapat dipancarkan.
Contoh Harmoni dalam Pertimbangan Sunnah
Islam mengajar kita mengambil berat jiran tetangga kita. Bayangkanlah jika kita memenuhi hak jiran kita sekarang, makan minumnya terjaga, sakit peningnya dijenguk dan pelbagai masaalah dikongsi bersama.
Mungkin masaalah seperti pecah rumah, masaalah kemiskinan yang menyebakan ada yang terputus bekalan makanan serta terlantar sakit dapat diatasi melalului kaedah ini. Bayangkan betapa harmoninya apabila hak jiran dipenuhi.
Kaedah Menegur - Nabi s.a.w dalam sirahnya cukup menjaga hati dan perasaan orang lain, termasuklah dalam menegur seseorang. Inilah yang perlu kita praktikan dalam kehidupan seharian kita agar orang lain lebih dekat kepada islam, dan bukan sebaliknya. Walaupun seseorang itu tidak menutup aurat, tidak solat, melakukan kesalahan dalam agama dan sebagainya, selain menegur, apa yang penting ialah menjaga air muka seseorang itu. Islam melarang sama sekali mengaibkan orang lain.
Hak Pekerja - Islam mengajar kita untuk membayar upah pekerja sebelum kering peluhnya. Bayangkan betapa harmoninya jika semua majikan mengambil ini sebagai satu tuntutan agama dan undang-undang syarikat. Disebabkan kita sekarang mengamalkan gaji bulanan, sepatutnya semua majikn membayar gaji setiap pekerjanya tepat pada waktunya, tetapi ini tidak berlaku sehinggakan ada pekerja yang meracau dalam FB kerana gajinya masih tidak dibayar. Masakan tidak, setiap sen gaji itu sebenarnya telahpun menjadi milik orang lain iaitu untuk membayar rumah,kereta dan lain-lain. Selain itu seseorang pekerja itu juga mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak-anak yang perlu diberi nafkah. Oleh itu setiap majikan perlulah memahami semua ini.
Contoh lain pertimbangan Sunnah - Kita sering kali berjumpa dengan orang yang dikategorikan sebagai pondan atau bapok. Biasanya setiap orang memaki hamun didalam hatinya dan mengutuk si bapok tersebut. "Anak siaaplah ini, dasar keturunan kaum luth" dan sebagainya. Tetapi dalam pertimbangan Sunnah sebaliknya kita mendoakan si bapok tersebut agar kembali kepangkal jalan, selain berdoa agar keturunan kita tidak menjadi seperti itu.
Begitu jugalah ketika dijalan raya, semasa kita sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta yang memandu dengan begitu laju dan memotong rapat dari sebelah kiri, ini memaksa kita menekan sedikit brek. Biasanya orang akan memaki hamun pemandu tersebut dan menekan hon dengan kuat. Dalam konsep Pertimbaangan Sunnah, kita perlu beristigfar kerana mungkin ada dosa yang kita lakukan, kemudian bersyukur kerana kita masih selamat dan kita berdoa kepada Allah agar pemandu tersebut yang mungkin ada urusan penting(bersangka baik) diselamatkan Allah sepanjang pemanduaannya.
Ini semua bukan sahaja berkisar tentang agama semata-mata, tetapi hukum fizik(gelombang) ruang dan masa. Bayangkan jika kita telah memulakan pagi kita dengan memaki hamun orang lain hanya kerana orang itu tersangkut di lorong smart tag, sekaligus mengganggu kelancaran trafik. Gelombang yang terhasil dari makian itu akan merosakan terus 'mood' kita pada hari itu, dan jika gelombang tersebut tidak disekat, dan tenaganya tidak diubah, ianya akan menyebabkan kemudaratan pada kita nanti.
Ini kerana gelombang yang dihasilkan dari gema hati adalah lebih dasyat kelajuan dan kesanya dari yang dihasilkan oleh mulut yang kita boleh dengari. Oleh itu janganlah kita memaki hamun atau mengata sesuatu yang tidak baik apatah lagi didalam hati, kerana kelak binasa diri. Gunakanlah bahasa yang baik-baik, kerana itulah pertimbangan sunnah.
Contoh harmoni yang lain adalah semasa Nabi s.a.w memasuki kota Makkah, Saidina Umar, Salaehudin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh memasuki al-Aqsa. Ianya sungguh harmoni tanpa pertumpahan darah.
Didalam bidang perubatan, selain yang saya coretkan mengenai antibiotik, Pertimbangan sunnah lain ialah apabila RTE mengamalkan konsep semulajadi dalam kaedah perubatannya, sukros yang dikemam hanya merangsang sesuatu kelenjar atau organ untuk bertindak seterusnya mengeluarkan penawar semulajadi dari badan, bukan dengan memaksa seperti ubatan alopathy.
RTE juga amat mementingkan keseimbangan alam dalam kaedah rawatannya. Ini kerana apa yang ada pada alam ada pada manusia, tidak seimbangnya alam, binasalah manusia.
Contoh lain ialah RTE mengamalkan ubat-ubatan yang bersih, wangi dan halal.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan